Connect with us

Terkini

(VIDEO) Kerajaan digesa batal pendirian ‘two state solution’ dalam isu genosid di Gaza – KJ

Kerajaan sekali lagi digesa untuk menamatkan pendirian menyokong dasar penyelesaian dua negara atau ‘two state solution’ dalam perkembangan terkini isu genosid di Gaza.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (kanan).
  • Kerajaan sekali lagi digesa untuk menamatkan pendirian menyokong dasar penyelesaian dua negara atau ‘two state solution’ dalam perkembangan terkini isu genosid di Gaza.
  • Gesaan itu dibuat bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mengharapkan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Wisma Putra untuk berhenti mengatakan ‘two state solution’ sebagai pendirian rasmi negara ini.
  • Don’t ever mention Israel anymore (Jangan sebut Israel lagi), kita jangan sebut two state solution.
  • “Kita hanya sebut negara Palestin yang berdaulat dan merdeka itu sahaja. No more mention of the two state solution!” katanya menerusi klip video dimuat naik di Instagram @keluar.sekejap di sini hari ini.
  • Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 14 November lalu juga berpendirian solusi ‘two state solution’ tidak relevan digunakan dalam pelan perdamaian bagi menyelesaikan isu genosid rakyat Palestin oleh rejim penjajah Israel.

KUALA LUMPUR — Kerajaan sekali lagi digesa untuk menamatkan pendirian menyokong dasar penyelesaian dua negara atau ‘two state solution’ dalam perkembangan terkini isu genosid di Gaza.

Gesaan itu dibuat bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mengharapkan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Wisma Putra untuk berhenti mengatakan ‘two state solution’ sebagai pendirian rasmi negara ini.

Sebaliknya, beliau berkata Malaysia perlu membawa pendirian bahawa Palestin merupakan negara berdaulat dan merdeka, tidak lagi membangkitkan two state solution’ mahupun menyebut Israel.

“Selama ini Malaysia juga sokong two state solution. Two state solution ini apa? Kita sokong supaya ada perdamaian. Two state solution ini Palestin dan Israel boleh wujud side by side

Don’t ever mention Israel anymore (Jangan sebut Israel lagi), kita jangan sebut two state solution.

“Kita hanya sebut negara Palestin yang berdaulat dan merdeka itu sahaja. No more mention of the two state solution!” katanya menerusi klip video dimuat naik di Instagram @keluar.sekejap di sini hari ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  pada 14 November lalu juga berpendirian solusi ‘two state solution’ tidak relevan digunakan dalam pelan perdamaian bagi menyelesaikan isu genosid rakyat Palestin oleh rejim penjajah Israel.

Dr Mahathir dilaporkan sebagai berkata cara itu telah diguna pakai oleh pemimpin Fatah, Allahyarham Yasser Arafat dan rejim zionis tidak menerima pakai pelan itu, sebaliknya ingin menguasai keseluruhan tanah air tersebut.

Pada Februari lalu, media melaporkan Malaysia berpandangan satu-satunya jalan penyelesaian terbaik terhadap konflik di Gaza ialah melaksanakan “Penyelesaian Dua Negara” berdasarkan garis sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara Palestin.

Pandangan itu dibuat selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali lagi gagal menangani situasi genting yang sedang berlaku di Gaza dengan kadar segera.

“Mengambil kira keadaan di Gaza yang semakin meruncing terutamanya ekoran serangan besar-besaran oleh Israel di Rafah, jalan penyelesaian yang berkesan untuk menangani krisis ini ialah untuk Majlis Keselamatan PBB melaksanakan gencatan kemanusiaan dengan serta merta,” menurut Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan itu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *