Antarabangsa
(VIDEO) Muslim lemah dan letih, Ramadan masa terbaik bunuh penduduk Gaza – Ahli Parlimen Israel
Ramadan masa terbaik untuk membunuh penduduk Gaza yang lemah dan letih kerana mereka berpuasa, kata Ahli Knesset (Parlimen Israel), Almog Cohen.
Ramadan masa terbaik untuk membunuh penduduk Gaza yang lemah dan letih kerana mereka berpuasa, kata Ahli Knesset (Parlimen Israel), Almog Cohen.
Bercakap di Channel 14 Israel, Ahli Parlimen rasis itu menyeru Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu supaya menyerang Rafah dan membunuh warga Palestin di Gaza.
“Perdana Menteri individu yang menentukan keputusan (menyerang), Perdana Menteri, kita perlu turunkan tentera di Rafah dan “bunuh mereka”.
“Ya! ketika mereka lapar, ketika mereka kepenatan, ketika mereka lemah, supaya dipatahkan tulang belulang mereka.
“Waktu Ramadan lah waktu terbaik untuk membunuh mereka, mereka lemah dan kepenatan dan tidak, saya tidak mengasihani mereka,” kata Cohen.
Video dimuat naik di Instagram MEMO itu menerima respons negatif netizen termasuk individu yang tidak senang dengan laras bahasa digunakan Ahli Parlimen Israel itu.
“Adakah kamu tahu mana-mana orang negara lain yang bercakap seperti ini ketika ke udara? dahagakan darah? Genosida.. secara terbuka.. bebas atas kesepakatan awam..?! Tak pernah nampak rejim yang paling ganas pun cakap macam ni tentang manusia .. tak masuk akal!!,” kata netizen, Yusra Ahmed.
Israel membunuh lebih 32,000 rakyat Palestin sejak permulaan tindakan genosidnya ke atas Gaza pada 7 Oktober lalu dengan majoriti mangsanya adalah wanita dan kanak-kanak. – The Merdeka Times
View this post on Instagram