Antarabangsa
Majlis Keselamatan PBB tuntut gencatan senjata segera Gaza
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menuntut supaya diadakan gencatan senjata segera antara Israel dan kumpulan Hamas di Gaza.
- Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menuntut supaya diadakan gencatan senjata segera antara Israel dan kumpulan Hamas di Gaza.
- Perkara itu termasuk pembebasan semua tebusan dengan Amerika Syarikat (AS) memilih untuk berkecuali.
- Baki 14 ahli majlis mengundi menyokong resolusi yang dicadangkan 10 ahli majlis itu diiringi tepukan gemuruh yang kedengaran di dalam dewan selepas undian semalam.
- Resolusi itu menggesa gencatan senjata segera bagi bulan Ramadan iaitu bulan berpuasa umat Islam, yang bakal berakhir dalam dua minggu.
- Perkara itu termasuk tuntutan pembebasan semua tebusan yang ditahan dalam serangan kumpulan Hamas ke atas selatan Israel 7 Oktober lalu.
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menuntut supaya diadakan gencatan senjata segera antara Israel dan kumpulan Hamas di Gaza.
Perkara itu termasuk pembebasan semua tebusan dengan Amerika Syarikat (AS) memilih untuk berkecuali, lapor Al Jazeera.
Baki 14 ahli majlis mengundi menyokong resolusi yang dicadangkan 10 ahli majlis itu diiringi tepukan gemuruh yang kedengaran di dalam dewan selepas undian semalam.
Resolusi itu menggesa gencatan senjata segera bagi bulan Ramadan iaitu bulan berpuasa umat Islam yang bakal berakhir dalam dua minggu.
Perkara itu termasuk tuntutan pembebasan semua tebusan yang ditahan dalam serangan rentas sempadan Hamas ke atas selatan Israel 7 Oktober lalu.
Bercakap selepas pengundian, Duta Besar AS Linda Thomas-Greenfield menyalahkan Hamas atas kelewatan meluluskan resolusi gencatan senjata.
“Perubahan utama tertentu diabaikan, termasuk permintaan kami supaya kutukan terhadap Hamas ditambah,” kata Thomas-Greenfield dipetik Al Jazeera.
Beliau menegaskan pembebasan tawanan Israel akan menyebabkan meningkatnya bekalan bantuan kemanusiaan yang akan memasuki kawasan pesisir pantai yang dikepung itu.
Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata kegagalan AS untuk memveto resolusi itu “pengunduran jelas” daripada keputusannya sebelum ini dan ini akan menjejaskan usaha perang terhadap Hamas serta usaha membebaskan tawanan Israel yang ditahan di Gaza.
Jabatannya juga berkata Netanyahu tidak akan menghantar delegasi peringkat tinggi ke Washington, melihat pendirian terkini AS itu. – The Merdeka Times