Antarabangsa
(VIDEO) Lelaki, wanita Muslim diganggu peserta perayaan Holi
Polis di Bijnor, Uttar Pradesh menahan seorang individu dewasa dan tiga kanak-kanak bawah umur berhubung video tular peserta perayaan Holi mengganggu seorang lelaki dan dua wanita Muslim.

Polis di Bijnor, Uttar Pradesh menahan seorang individu dewasa dan tiga kanak-kanak bawah umur berhubung video tular peserta perayaan Holi mengganggu seorang lelaki dan dua wanita Muslim.
NDTV melaporkan video itu mempamerkan seorang lelaki dan dua wanita yang menaiki motosikal dikelilingi dan diganggu sekumpulan anak muda.
Kumpulan peserta perayaan Holi yang bersuka ria itu dilihat menyimbah kedua-dua wanita itu dengan air paip. Walaupun wanita itu membantah, gangguan tetap diteruskan.
Tidak lama kemudian ia digunakan untuk mencurahkan air di atas kepala salah seorang wanita dengan anak-anak muda itu menyapukan pewarna secara paksa pada muka lelaki dan wanita berkenaan.
Ketika wanita itu menolak dan membantah, kedengaran suara membantah mengatakan “Ini adalah tradisi 70 tahun”.
Pengalaman pahit mangsa berakhir apabila kumpulan bersuka ria mula melepaskan mereka pergi sambil dilaungkan slogan-slogan keagamaan.
Tidak lama selepas video itu tular, ketua polis Bijnor, Neeraj Kumar Jadaun meminta polis tempatan mengambil tindakan. Siasatan mendapati kejadian itu berlaku di kawasan balai polis Dhampur.
Dalam mesej video yang disiarkan di platform X oleh polis Bijnor, pegawai kanan Neeraj Jadaun berkata orang ramai tidak boleh mengganggu sesiapa semasa Holi.
“Tolong jangan gunakan warna pada orang secara paksa. Polis akan mengambil tindakan kepada sesiapa yang melanggar undang-undang,” katanya. – The Merdeka Times
View this post on Instagram
