Antarabangsa
Penyanyi rap terkenal AS ‘Lil Jon’ peluk Islam
Penyanyi rap dan penerbit terkenal Amerika Syarikat (AS), Lil Jon secara rasmi memeluk Islam di Masjid Raja Fahad di Los Angeles, California.
- Penyanyi rap dan penerbit terkenal Amerika Syarikat (AS), Lil Jon secara rasmi memeluk Islam di Masjid Raja Fahad di Los Angeles, California.
- Di tengah-tengah himpunan jemaah solat Jumaat minggu lalu, Islamonweb melaporkan Lil Jon atau nama sebenarnya Jonathan H. Smith secara terbuka mengisytiharkan keislamannya di masjid itu.
- Sebuah video tersebar luas di media sosial menunjukkan penyanyi rap ikonik itu melafazkan kalimah syahadah dalam bahasa Arab dan Inggeris di bawah bimbingan imam masjid.
- Penukaran agama Lil Jon menambah senarai personaliti terkenal yang memeluk Islam sekitar minggu-minggu awal Ramadan tahun ini.
- Sebelum ini penulis dan aktivis AS, Shaun King dan profesor oftalmologi terkenal di Universiti California dan alumni Universiti Pittsburgh, Profesor Henry Klassen dilaporkan turut memeluk Islam.
Penyanyi rap dan penerbit terkenal Amerika Syarikat (AS), Lil Jon secara rasmi memeluk Islam di Masjid Raja Fahad di Los Angeles, California.
Di tengah-tengah himpunan jemaah solat Jumaat minggu lalu, Islamonweb melaporkan Lil Jon atau nama sebenarnya Jonathan H. Smith secara terbuka mengisytiharkan keislamannya di masjid itu.
Lil Jon (@LilJon) just accepted islam at king Fahad mosque in LA before jummah prayer. Welcome to Islam brother! 🙏🏽 pic.twitter.com/J26MwGNYJx
— Rahim Siddiq (@rahvsid) March 15, 2024
Sebuah video tersebar luas di media sosial menunjukkan penyanyi rap ikonik itu melafazkan kalimah syahadah dalam bahasa Arab dan Inggeris di bawah bimbingan imam masjid.
Penukaran agama Lil Jon menambah senarai personaliti terkenal yang memeluk Islam sekitar minggu-minggu awal Ramadan tahun ini.
Beberapa hari sebelumnya, Profesor Henry Klassen, seorang profesor oftalmologi terkenal di Universiti California dan alumni Universiti Pittsburgh memeluk Islam.
Allahu Akbar‼️‼️
Professor Henry Klassen, MD, Ph.D., at the University of Pittsburgh, accepted Islam on the first day of Ramadan
Professor Klassen is a pioneer in the field of Stem Cell research and Retinal Regeneration
He accepted Islam, because it is the truth ☝️❤️ pic.twitter.com/VMdCE6WVVi
— ONE (@One_Dawah) March 13, 2024
Profesor Klassen merupakan seorang yang terkenal dengan penemuan dalam penyelidikan sel stem dan pembinaan semula retina.
Selepas melafazkan syahadah secara terbuka bersama seorang ilmuwan, Profesor Klassen menggunakan nama baharunya, Abdul Haqq sebagai simbol komitmennya terhadap kebenaran dan keilmuan.
Shaun King, penulis dan aktivis AS kembali menjadi topik berita minggu lalu atas keputusannya memeluk Islam bersama isterinya.
Shaun King and Dr Rai King embraced Islam with Imam Omar Suleiman pic.twitter.com/dOVcGNuawX
— Tannie تاني 🇵🇸 (@putin_76) March 11, 2024
King yang memakai keffiyeh (kain serban simbol Palestin) bersama isterinya, Dr Rai King, memeluk Islam di pusat komuniti di Texas sehari sebelum bermulanya Ramadan dipimpin Syeikh Omar Suleiman.
Dia berkongsi video di Facebook miliknya mengesahkan keputusan mereka melafazkan syahadah di Pusat Islam Valley Ranch di Irving, Texas. – The Merdeka Times