Terkini
Lelaki Cina ‘berpoligami’, netizen bukan Muslim persoal kesahan perkahwinan
Tindakan seorang lelaki Cina di Kuching mengahwini dua wanita dalam satu masa mendapat pelbagai reaksi netizen bukan Muslim termasuk mempersoalkan kesahannya, susulan tular gambar perkahwinan itu di media sosial.
- Tindakan seorang lelaki Cina di Kuching mengahwini dua wanita dalam satu masa mendapat pelbagai reaksi netizen bukan Muslim termasuk mempersoalkan kesahannya, susulan tular gambar perkahwinan itu di media sosial.
- Menurut Sin Chew Daily, gambar majlis perkahwinan mereka bertiga dipercayai dikongsikan di Facebook oleh kakitangan Restoran Hon Ang pada Isnin, di mana jamuan perkahwinan mereka diadakan direstoran berkenaan.
- Merujuk gambar berkenaan, kelihatan seorang pengantin perempuan berbangsa Cina, dan seorang lagi dipercayai berasal dari Indonesia.
- Tinjauan The Merdeka Times di ruangan komen hantaran Facebook media tempatan bahasa Mandarin itu mendapati ada di antara netizen bukan Muslim mempersoalkan sama ada perkahwinan tersebut sah ataupun tidak, kerana menurut mereka bukan Muslim tidak dibenarkan berpoligami dalam perundangan di Malaysia.
- “Bukankah poligami kesalahan jenayah di Malaysia?” komen netizen.
- “Dalam undang-undang Malaysia, bukan Muslim hanya boleh monogami. Perbuatan ini melanggar undang-undang,” kata Joshua Chua.
KUCHING — Tindakan seorang lelaki Cina di Kuching mengahwini dua wanita dalam satu masa mendapat pelbagai reaksi netizen bukan Muslim termasuk mempersoalkan kesahannya, susulan tular gambar perkahwinan itu di media sosial.
Menurut Sin Chew Daily, gambar majlis perkahwinan mereka bertiga dipercayai dikongsikan di Facebook oleh kakitangan Restoran Hon Ang pada Isnin, di mana jamuan perkahwinan mereka diadakan direstoran berkenaan.
Merujuk gambar berkenaan, kelihatan seorang pengantin perempuan berbangsa Cina, dan seorang lagi dipercayai berasal dari Indonesia.
Tinjauan The Merdeka Times di ruangan komen hantaran Facebook media tempatan bahasa Mandarin itu mendapati majoriti netizen bukan Muslim menyambut baik tindakan lelaki Cina berkenaan yang ‘berpoligami’ dengan ucapan tahniah dan mendoakan pasangan itu.
Bagaimanapun, ada di antara mereka mempersoalkan sama ada perkahwinan tersebut sah ataupun tidak, kerana menurut mereka kelompok bukan Muslim tidak dibenarkan berpoligami dalam perundangan di Malaysia.
“Bukankah poligami kesalahan jenayah di Malaysia?” komen netizen.
“Dalam undang-undang Malaysia, bukan Muslim hanya boleh monogami. Perbuatan ini melanggar undang-undang,” kata Joshua Chua.
“Yang paling penting, yang mana sah, yang mana tak sah,” komen Wendy Khoo.
Dalam pada itu, terdapat kritikan daripada netizen Melayu yang mendakwa bukan Muslim sebagai ‘double standard’ apabila majoritinya kelihatan gembira dengan perkahwinan ‘poligami itu, sedangkan reaksi berbeza akan diterima apabila melibatkan pasangan Muslim. — The Merdeka Times