Antarabangsa
(VIDEO) Alternatif minuman boikot, Dua beradik Sweden-Palestin hasilkan “Palestine Cola”
Dua beradik daripada keluarga Sweden-Palestin yang berpangkalan di Malmo, Sweden mengeluarkan jenama minuman berkarbonat baharu bernama “Palestine Cola”.
- Dua beradik daripada keluarga Sweden-Palestin yang berpangkalan di Malmo, Sweden mengeluarkan jenama minuman berkarbonat baharu bernama “Palestine Cola”.
- Ia bertujuan menyediakan alternatif kepada minuman yang diboikot selain sebahagian pendapatannya dirancang untuk dihantar dan menyokong wilayah Gaza di tengah-tengah pencerobohan dahsyat dan berterusan “Israel”.
- Pengeluar minuman itu adalah sebuah syarikat bebas sepenuhnya tanpa kaitan dengan mana-mana pengeluar minuman ringan lain.
- “Lebihan” pendapatan jualan mereka juga dikatakan akan disusun dengan teliti dan disalurkan kepada organisasi bantuan membantu rakyat Palestin yang memerlukan, demikian menurut laman web mereka dipetik Roya News.
- Syarikat itu berkata logo pokok pada tinnya mewakili pokok zaitun kerana Palestin terkenal dengan kebun zaitunnya sejak dahulu lagi dan kini, ia simbol bernilai bagi Palestin.
Dua beradik daripada keluarga Sweden-Palestin yang berpangkalan di Malmo, Sweden mengeluarkan jenama minuman berkarbonat baharu bernama “Palestine Cola”.
Ia bertujuan menyediakan alternatif kepada minuman yang diboikot selain sebahagian pendapatannya dirancang untuk dihantar dan menyokong wilayah Gaza di tengah-tengah pencerobohan dahsyat dan berterusan “Israel”.
Pengeluar minuman itu adalah sebuah syarikat bebas sepenuhnya tanpa kaitan dengan mana-mana pengeluar minuman ringan lain.
“Lebihan” pendapatan jualan mereka juga dikatakan akan disusun dengan teliti dan disalurkan kepada organisasi bantuan membantu rakyat Palestin yang memerlukan, demikian menurut laman web mereka dipetik Roya News.
Syarikat itu berkata logo pokok pada tinnya mewakili pokok zaitun kerana Palestin terkenal dengan kebun zaitunnya sejak dahulu lagi dan kini, ia simbol bernilai bagi Palestin.
Corak di bahagian bawah tin mewakili keffiyeh Palestin, simbol tradisional nasionalisme Palestin; pukat pada tinnya mewakili industri perikanan Palestin; dan simpulan daunnya simbol daun zaitun mewakili kepentingan buah zaitun dalam sejarah keluarga warga Palestin.
Minuman yang dilancarkan dalam satu perisa pada peringkat awal, dengan tujuh perisa tambahan tidak lama lagi itu, hanya dijual di Malmo, Stockholm dan Gothenburg.
Ia mendapat sokongan meluas di media sosial dan premis-premis perniagaan dengan meningkatnya daya tarikan dan berterusan kempen pemboikotan semua jenama antarabangsa dan produk yang menyokong “Israel”.
Palestine Drinks menyatakan matlamat mereka adalah supaya minuman itu tersedia di negara, di mana ramai yang menyokong mesej mereka dan di mana anti-Palestinisme ditolak, di seluruh dunia. – The Merdeka Times