Connect with us

Antarabangsa

Houthi nafi sasar kabel dasar laut

Kumpulan Houthi menafikan mereka menyasarkan kabel telekomunikasi dasar laut, ketika kerajaan Yaman yang diiktiraf PBB memberi amaran bencana marin akan berlaku jika kapal kargo diserang kumpulan itu sebelum ini tidak diselamatkan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Kumpulan Houthi menafikan mereka menyasarkan kabel telekomunikasi dasar laut, ketika kerajaan Yaman yang diiktiraf PBB memberi amaran bencana marin akan berlaku jika kapal kargo diserang kumpulan itu sebelum ini tidak diselamatkan.
  • Rubymar, kapal pengangkut pukal berbendera Belize tetapi milik British, hanyut di Laut Merah selepas ia terkena dua peluru berpandu dalam insiden serangan pada 22 Februari lalu.
  • Houthi berkata serangan ke atas perkapalan komersial di Laut Merah adalah sebagai solidariti mereka dengan penduduk Palestin di Gaza yang diserang Israel.
  • Dilaporkan pada 26 Feb lalu, kabel milik empat rangkaian telekom besar, termasuk Asia-Africa-Europe 1 (AAE-1), TGN Atlantic, Europe India Gateway dan sistem Seacom, telah rosak dalam beberapa bulan kebelakangan ini. 
  • Punca kerosakan belum dikenal pasti dan secara relatifnya, kerosakan semula jadi berlaku.
  • Media Israel mengaitkan kerosakan itu dengan tindakan Houthi, namun kementerian komunikasi Houthi Yaman menafikan perkara itu.

Kumpulan Houthi menafikan mereka menyasarkan kabel telekomunikasi dasar laut, ketika kerajaan Yaman yang diiktiraf PBB memberi amaran bencana marin akan berlaku jika kapal kargo diserang kumpulan itu sebelum ini tidak diselamatkan.

Rubymar, kapal pengangkut pukal berbendera Belize tetapi milik British, hanyut di Laut Merah selepas ia terkena dua peluru berpandu dalam insiden serangan pada 22 Februari lalu.

The Guardian melaporkan kapal itu, dikhuatiri karam, membocorkan tumpahan minyak sejauh 18 batu dan membawa 41,000 tan baja meruap.

Serangan ke atas Rubymar menyebabkan kerosakan paling ketara setakat ini pada kapal komersial sejak Houthi Yaman mula menyasarkan kapal pada November lalu.

Houthi berkata serangan ke atas perkapalan komersial di Laut Merah adalah sebagai solidariti mereka dengan penduduk Palestin di Gaza yang diserang Israel.

Ramai khuatir Houthi mungkin melanjutkan tindakan mereka dengan mengganggu lalu lintas internet dan memotong kabel laut di Laut Merah yang mewakili 17 peratus talian internet dunia, menghubungkan benua Eropah dengan India dan Asia Timur.

Dilaporkan pada 26 Feb lalu, kabel milik empat rangkaian telekom besar, termasuk Asia-Africa-Europe 1 (AAE-1), TGN Atlantic, Europe India Gateway dan sistem Seacom, telah rosak dalam beberapa bulan kebelakangan ini. 

Punca kerosakan belum dikenal pasti dan secara relatifnya, kerosakan semula jadi berlaku.

Media Israel mengaitkan kerosakan itu dengan tindakan Houthi, namun kementerian komunikasi Houthi Yaman menafikan perkara itu. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *