Antarabangsa
Hizbullah ikrar terus serang Israel hingga serangan Gaza dihentikan
Pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah berikrar semalam untuk meneruskan serangan rentas sempadan terhadap Israel sehingga Tel Aviv menghentikan serangannya di wilayah Gaza, lapor agensi berita Anadolu.

- Pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah berikrar semalam untuk meneruskan serangan rentas sempadan terhadap Israel sehingga Tel Aviv menghentikan serangannya di wilayah Gaza, lapor agensi berita Anadolu.
- “Seandainya Israel berjaya di Gaza, ia akan membahayakan rakyat Palestin, perjuangan mereka dan seluruh wilayahnya,” kata Nasrallah.
- Ketegangan memuncak ketika ini sepanjang sempadan Lubnan-Israel di tengah-tengah selang pertukaran tembakan antara tentera Israel dan Hizbullah.
- Pertempuran ketika ini antara yang paling membawa maut sejak kedua-dua pihak menjalankan peperangan skala penuh pada 2006 yang lalu.
Pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah berikrar semalam untuk meneruskan serangan rentas sempadan terhadap Israel sehingga Tel Aviv menghentikan serangannya di wilayah Gaza, lapor agensi berita Anadolu.
“Seandainya Israel berjaya di Gaza, ia akan membahayakan rakyat Palestin, perjuangan mereka dan seluruh wilayahnya,” kata Nasrallah.
“Israel yang punya kekuatan akan menimbulkan ancaman kepada rantau ini, manakala Israel yang lemah kurang berbahaya kepada negara dan penduduk rantau ini,” kata Pemimpin Hizbullah itu dipetik Middle East Monitor.
Ketegangan antara tentera Israel dan Hizbullah kian memuncak ketika ini apabila kedua-duanya berbalas tembakan di sepanjang sempadan dua wilayah tersebut.
Pertempuran ketika ini dilapor merekodkan angka korban lebih tinggi berbanding peperangan antara dua pihak tersebut pada 2006.– The Merdeka Times
