Connect with us

Terkini

Kertas ruqyah boleh digunakan sebagai ikhtiar, bukan untuk diniagakan – Mufti Pahang

Amalan menulis ayat Quran di atas kertas lalu direndam dan diminum airnya adalah dibenarkan, namun hanya melibatkan penggunaan dakwat jenis saffron yang boleh dimakan, kata Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.  

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman. 
  • Amalan menulis ayat Quran di atas kertas lalu direndam dan diminum airnya adalah dibenarkan, namun hanya melibatkan penggunaan dakwat jenis saffron yang boleh dimakan, kata Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman. 
  • Bagaimanapun, katanya, amalan itu hanya digalakkan sebagai ikhtiar untuk merawat penyakit dan bukan untuk diniagakan.
  • “Jika ditulis dengan dakwat seperti saffron, itu tidak salah, ada ditulis di kitab-kitab tafsir. Kalau ditulis menggunakan dakwat yang memudaratkan itu tidak boleh,” katanya dipetik Malaysiakini pada Rabu.
  • “Kita tidak mahu peniaga menyalahgunakan ayat al-Quran dan tidak mahu ia dijadikan mainan,” katanya mengulas video tular memaparkan produk digelar kertas ruqyah (ruqyah paper) yang didakwa boleh menyembuhkan gangguan sihir, jin dan ‘penyakit ain’.

KUALA LUMPUR — Amalan menulis ayat Quran di atas kertas lalu direndam dan diminum airnya adalah dibenarkan, namun hanya melibatkan penggunaan dakwat jenis saffron yang boleh dimakan, kata Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.  

“Jika ditulis dengan dakwat seperti saffron, itu tidak salah, ada ditulis di kitab-kitab tafsir. Kalau ditulis menggunakan dakwat yang memudaratkan itu tidak boleh,” katanya dipetik Malaysiakini pada Rabu.

Bagaimanapun, katanya amalan itu hanya digalakkan sebagai ikhtiar untuk merawat penyakit dan bukan untuk diniagakan.

“Dalam konteks perniagaan pula, ia bukan untuk diniagakan. Kita nak amalan itu berkat. Dalam Islam kita disarankan untuk membaca ayat-ayat al-Quran.

“Kita tidak mahu peniaga menyalahgunakan ayat al-Quran dan tidak mahu ia dijadikan mainan,” katanya mengulas video tular memaparkan produk digelar kertas ruqyah (ruqyah paper) yang didakwa boleh menyembuhkan gangguan sihir, jin dan ‘penyakit ain’.

Dijual pada harga bermula RM131, kertas ruqyah itu diperkenalkan sebuah syarikat di luar negara dan giat dipromosikan di laman sosial.

Video selama 1 minit 5 saat yang dikongsikan di laman X itu bagaimanapun mengundang reaksi orang ramai yang rata-ratanya beranggapan perbuatan itu salah dari sudut agama.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata Islam tidak membenarkan air yang dibacakan ayat al-Quran dilabel dan kemudiannya dijual untuk mendapatkan keuntungan.

“Air yang dibaca seperti khatam Quran, surah Yasin, ia tidak boleh dilabel untuk dijual. Kita tak nak begitu dan tidak dibenarkan untuk menulis begitu,” katanya.

Mengenai produk berkenaan, Abdul Rahman mencadangkan ia diperhalusi jawatankuasa fatwa sekiranya mahu dibawa masuk ke negara ini.

“Kita harus bawa isu ini untuk dibincangkan ke jawatankuasa fatwa. Jika produk ini hendak masuk ke Malaysia, ia juga haruslah mendapat kebenaran dari pihak Jakim,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *