Terkini
Kenapa makin ramai ibu bapa elak hantar anak ke sekolah harian kebangsaan?
Trend ibu bapa hari ini yang dilihat mengelak atau ‘by pass’ menghantar anak-anak mereka ke sekolah harian biasa sama ada sekolah kebangsaan (SK) atau sekolah menengah kebangsaan (SMK) menimbulkan tanda tanya.
- Trend ibu bapa hari ini yang dilihat mengelak atau ‘by pass’ menghantar anak-anak mereka ke sekolah harian biasa sama ada sekolah kebangsaan (SK) atau sekolah menengah kebangsaan (SMK) menimbulkan tanda tanya.
- Penyelidik Pendidikan, Dr Anuar Ahmad berkata data mengesahkan semakin ramai ibu bapa ‘by pass’ sekolah harian kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan harian.
- Antara persoalan timbul susulan trend itu adalah berkenaan ‘kekurangan’ sekolah harian biasa yang mungkin menjadi penyebab ibu bapa lebih memilih menghantar anak-anak mereka ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), sekolah Cina, sekolah antarabangsa dan ‘homeschooling’.
- “Mengapa semakin ramai ibu bapa yang memilih untuk ‘by pass’ sekolah harian (SK dan SMK)? Apakah kerana mereka kurang percaya pada keupayaan sekolah harian? Apakah mereka rasa sekolah harian kebangsaan tiada mencapai kualiti yang diharapkan?
- “Apakah semakin ramai ibu bapa sekarang yang melihat sekolah harian ibarat seekor ‘dinosaur’? Walaupun bersaiz besar tetapi sudah ‘ketinggalan zaman’? Semakin hari semakin ‘pupus’ (baca:kepercayaan) ibu bapa?,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
- Tinjauan The Merdeka Times mendapati terdapat bekas guru di SK yang berpandangan tindakan ibu bapa itu bukan disebabkan guru di sekolah kebangsaan tidak bagus, namun sistem pendidikan diamalkan yang tidak lagi relevan.
KUALA LUMPUR — Trend ibu bapa hari ini yang dilihat mengelak atau ‘by pass’ menghantar anak-anak mereka ke sekolah harian biasa sama ada sekolah kebangsaan (SK) atau sekolah menengah kebangsaan (SMK) menimbulkan tanda tanya.
Penyelidik Pendidikan, Dr Anuar Ahmad berkata data mengesahkan semakin ramai ibu bapa ‘by pass’ sekolah harian kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan harian.
Antara persoalan timbul susulan trend itu adalah berkenaan ‘kekurangan’ sekolah harian biasa yang mungkin menjadi penyebab ibu bapa lebih memilih menghantar anak-anak mereka ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), sekolah Cina, sekolah antarabangsa dan ‘homeschooling’.
“Mengapa semakin ramai ibu bapa yang memilih untuk ‘by pass’ sekolah harian (SK dan SMK)? Apakah kerana mereka kurang percaya pada keupayaan sekolah harian? Apakah mereka rasa sekolah harian kebangsaan tiada mencapai kualiti yang diharapkan?
“Apakah mereka rasa sekolah harian kebangsaan tidak mampu memenuhi keperluan pembelajaran anak-anak mereka? Apakah ibu bapa merasakan sekolah harian kebangsaan terlalu Islamik?
“Apakah ibu bapa merasakan sekolah harian kebangsaan tidak menggembirakan dan terlalu membebankan anak-anak mereka?
“Apakah semakin ramai ibu bapa sekarang yang melihat sekolah harian ibarat seekor ‘dinosaur’? Walaupun bersaiz besar tetapi sudah ‘ketinggalan zaman’? Semakin hari semakin ‘pupus’ (baca: kepercayaan) ibu bapa?,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Anuar yang juga Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, data terkini menunjukkan ibu bapa bumiputera berlumba-lumba menghantar anak mereka ke MRSM dan SBP di mana jumlah permohonan melepasi tempat disediakan.
Katanya, semakin ramai juga ibu bapa bumiputera menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Cina yang menyaksikan kadar enrolmen murid bumiputera di sekolah Cina meningkat dari 18 peratus (2017) kepada 21 peratus murid (2022), berbanding pada 2010 kadar murid bumiputera di sekolah Cina hanya 10 peratus.
Selain itu, ibu bapa berkemampuan pula semakin ramai menghantar anak-anak mereka ke sekolah antarabangsa sedangkan dulu hanya ibu bapa betul-betul kaya sahaja, namun sekarang ada ibu bapa sanggup mengambil pinjaman semata-mata untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah antarabangsa.
“Sebahagian ibu bapa yang beragama Islam lebih suka menghantar anak-anak ke sekolah Tahfiz Swasta. Hinggakan bilangan sekolah tahfiz swasta tumbuh seperti ‘cendawan selepas hujan’ di negara ini, termasuklah pusat tahfiz yang tidak berdaftar.https://shrtm.nu/qVj
“Trend terkini juga menunjukkan semakin ramai ibu bapa yang berpendidikan tinggi membuat keputusan mengamalkan pendidikan ‘homeschooling’ untuk anak-anak mereka. https://shrtm.nu/qVk
“Rumusan: Seboleh mungkin, semakin ramai ibu bapa mahu ‘mengelak atau ‘by pass’ daripada menghantar anak-anak ke sekolah harian biasa samada SK atau SMK,” kata Anuar.
Tinjauan The Merdeka Times mendapati terdapat bekas guru di SK yang berpandangan tindakan ibu bapa itu bukan disebabkan guru di sekolah kebangsaan tidak bagus, namun sistem pendidikan diamalkan yang tidak lagi relevan.
Majoriti ibu bapa pula berpandangan tindakan mereka ‘by pass’ sekolah harian tersebut kerana murid yang terlalu ramai dalam satu kelas menyebabkan guru dan pelajar hilang fokus selain masalah sekolah terlalu padat. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Anuar Ahmad