Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) ‘Adakah Biden berjiran dengan Netanyahu?’ – Pemimpin Houthi bidas penyampai BBC persoalkan jarak Yaman dengan Palestin

Pemimpin Houthi Yaman membidas penyampai British Broadcasting Corporation (BBC) yang mempersoalkan ‘campur tangan’ Yaman dalam perang di Gaza sedangkan negara Arab itu terletak beribu-ribu batu jauhnya dari Palestin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

‘Adakah Biden berjiran dengan Netanyahu?’ – Pemimpin Houthi bidas penyampai BBC persoalkan jarak Yaman dengan konflik Palestin
Foto: Ketua jawatankuasa tertinggi revolusioner, Mohammed Ali al-Houthi (kiri).

KUALA LUMPUR – Pemimpin Houthi Yaman membidas penyampai British Broadcasting Corporation (BBC) yang mempersoalkan ‘campur tangan’ Yaman dalam perang di Gaza sedangkan negara Arab itu terletak beribu-ribu batu jauhnya dari Palestin.

Ketua jawatankuasa tertinggi revolusioner, Mohammed Ali al-Houthi bertindak demikian ketika menjawab soalan penyampai BBC yang mempersoalkan kenapa Yaman perlu membantu Palestin ketika Gaza diserang rejim zionis Israel.

Membalas soalan itu, Mohammed Ali mempersoalkan motif negara-negara sekutu rejim zionis bertandang ke negara-negara Arab ketika ini.

“Jadi Biden, adakah dia berjiran dengan Netanyahu? Mereka tinggal di satu apartmen yang sama? Dan Presiden Perancis juga tinggal di tingkat yang sama?

“Dan Perdana Menteri Britain tinggal bersama mereka di bangunan yang sama? Atau adakah mereka beribu batu jauhnya dari entiti pendudukan (Zionis Israel)?

“Apa yang membawa mereka ke negara Arab kami? Untuk membunuh anak-anak kami? Untuk mengepung anak-anak, saudara-saudara kami? Dan bunuh wanita-wanita kami? Untuk menyasarkan kanak-kanak? Dan membunuh bayi-bayi?

“Dan segala jenayah yang lain. Apa yang bawa mereka ke sini melainkan untuk membantu jenayah-jenayah ini diteruskan?” kata Mohammed Ali dalam video wawancara dengan badan penyiaran itu pada 8 Januari lalu yang dikongsikan netizen di Instagram.

Mohammed Ali menegaskan penglibatan kumpulan Houthi adalah atas dasar kemanusiaan untuk memaksa pencerobohan kejam dan berterusan Israel ke atas Palestin, dihentikan.

“Adapun pendirian kami ia adalah atas dasar kemanusiaan, pendirian kami adalah untuk menghentikan ketenteraan ini iaitu mesin pemusnah Eropah-Amerika daripada meneruskan pencerobohan, peperangan dan keganasan mereka terhadap Palestin,” kata pemimpin Houthi itu. – The Merdeka Times

Author