Connect with us

Terkini

Ibu Orang Asli mualaf gagal ketepi perintah habeas corpus diperoleh bekas suami bukan Islam

Seorang ibu mualaf keturunan Orang Asli gagal mengetepikan perintah habeas corpus agar menyerahkan anak perempuan berusia 10 tahun kepada bapa kandungnya yang bukan beragama Islam. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Ibu Orang Asli mualaf gagal ketepi perintah habeas corpus diperoleh bekas suami bukan Islam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang ibu mualaf keturunan Orang Asli gagal mengetepikan perintah habeas corpus agar menyerahkan anak perempuan berusia 10 tahun kepada bapa kandungnya yang bukan beragama Islam. 
  • Perkara itu ditentukan selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan wanita berusia 37 tahun tersebut yang tidak berpuas hati dengan keputusan terdahulu yang memihak kepada bekas suaminya, lapor Kosmo.
  • Justeru, keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan, Pahang yang membenarkan permohonan habeas corpus bekas suaminya pada 25 Mei 2023 dikekalkan. 
  • Kemelut kekeluargaan di antara kedua-duanya mendapat perhatian masyarakat ekoran rakaman video kanak-kanak itu menangis bersama ibunya yang berpurdah sambil diperhatikan oleh pegawai polis wanita selepas satu prosiding mahkamah, tular dalam media sosial.
  • Panel tiga hakim diketuai Datuk Harmindar Singh Dhaliwal berpuas hati bahawa keterangan menunjukkan kanak-kanak perempuan itu pada hakikatnya dipelihara oleh bapanya selama empat tahun sebelum diambil ibunya.
  • Beliau yang bersidang bersama-sama Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil sebulat suara berpendapat adalah tidak betul mengambil kanak-kanak tersebut tanpa mendapat perintah hak penjagaan daripada mahkamah.

KUALA LUMPUR – Seorang ibu mualaf keturunan Orang Asli gagal mengetepikan perintah habeas corpus agar menyerahkan anak perempuan berusia 10 tahun kepada bapa kandungnya yang bukan beragama Islam. 

Perkara itu ditentukan selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan wanita berusia 37 tahun tersebut yang tidak berpuas hati dengan keputusan terdahulu yang memihak kepada bekas suaminya, lapor Kosmo. 

Justeru, keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan, Pahang yang membenarkan permohonan habeas corpus bekas suaminya pada 25 Mei 2023 dikekalkan. 

Kemelut kekeluargaan di antara kedua-duanya mendapat perhatian masyarakat ekoran rakaman video kanak-kanak itu menangis bersama ibunya yang berpurdah sambil diperhatikan oleh pegawai polis wanita selepas satu prosiding mahkamah, tular dalam media sosial.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Harmindar Singh Dhaliwal berpuas hati bahawa keterangan menunjukkan kanak-kanak perempuan itu pada hakikatnya dipelihara oleh bapanya selama empat tahun sebelum diambil ibunya.

Beliau yang bersidang bersama-sama Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil sebulat suara berpendapat adalah tidak betul mengambil kanak-kanak tersebut tanpa mendapat perintah hak penjagaan daripada mahkamah.

Panel berkenaan berpuas hati bahawa Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf ketika membenarkan permohonan habeas corpus dikemukakan lelaki berusia 44 tahun itu.

Pada prosiding itu, peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla dan Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mewakili wanita tersebut (perayu), manakala Datuk Bastian Vendargon dan Gene Anand Vendargon berhujah bagi pihak responden.

Panel berkenaan sebelum itu menolak permohonan Mohamed Haniff Khatri untuk mengemukakan keterangan baharu berkaitan sijil kelahiran kanak-kanak Orang Asli itu.

Ketika menyampaikan keputusan tersebut, mahkamah menyatakan keputusan itu tidak memberi kesan kepada prosiding hak penjagaan yang masih didengar di Mahkamah Tinggi.

Panel berkenaan juga berpendirian bahawa nama kanak-kanak tersebut dan kedua ibu bapanya serta gambar mereka tidak didedahkan oleh mana-mana pihak.

Pada 1 Jun 2023, Mahkamah Tinggi Kuantan mengeluarkan perintah membisu (gag order) agar tidak mendedahkan nama, identiti, gambar atau video tiga beranak itu berkaitan kes hak penjagaan kanak-kanak tersebut. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *