Antarabangsa
Dihalang guna bilik persalinan wanita, askar lelaki dakwa didiskriminasi Tentera Sepanyol
Seorang askar berusia 42 tahun yang baru mengumumkan peralihan jantinanya menjadi ‘wanita’ menyelar Tentera Sepanyol kerana menghalang beliau menggunakan bilik persalinan wanita.
- Seorang askar berusia 42 tahun yang baru mengumumkan peralihan jantina menjadi ‘wanita’ menyelar Tentera Sepanyol kerana menghalang beliau menggunakan bilik persalinan wanita.
- Francisco Javier L. G. menukar dokumen undang-undangnya pada musim bunga 2023 ekoran penggubalan Undang-Undang Trans baharu yang kontroversi di Sepanyol.
- Selesa penampilan maskulinnya, Francisco menegaskan beliau akan menyempurnakan perubahan jantina dengan hanya mengisytiharkan diri sebagai ‘wanita’ dalam dokumen undang-undangnya.
- “Saya suka badan saya, saya gembira dengannya dan saya tidak berhasrat untuk mengubahnya,” katanya dipetik Reduxx pada Selasa.
- Pada Mac 2023, Sepanyol melonggarkan keperluan menukar dokumen seumpama itu dengan membatalkan keperluan individu untuk menyediakan laporan perubatan yang menunjukkan mereka mengalami kecelaruan jantina atau menjalani terapi hormon berlawanan jantina.
- “Apabila undang-undang (trans) baharu keluar, saya bertanya kepada anak perempuan saya sama ada dia keberatan jika saya menjadi seorang wanita. Dia berumur 10 tahun dan memberitahu saya dia tidak kisah. Kemudian saya membuat keputusan untuk melakukannya,” kata Francisco yang juga mekanik jentera berat Tentera Sepanyol.
Seorang askar berusia 42 tahun yang baru mengumumkan peralihan jantinanya menjadi ‘wanita’ menyelar Tentera Sepanyol kerana menghalang beliau menggunakan bilik persalinan wanita.
Francisco Javier L. G. menukar dokumen undang-undangnya pada musim bunga 2023 ekoran penggubalan Undang-Undang Trans baharu yang kontroversi di Sepanyol.
Francisco menyatakan dia tidak berniat untuk menukar namanya atau menjalani sebarang perubahan pada tubuhnya dan berasa selesa dengan penampilan maskulinnya.
“Saya suka badan saya, saya gembira dengannya dan saya tidak berhasrat untuk mengubahnya,” katanya dipetik Reduxx pada Selasa.
Francisco menegaskan beliau akan menyempurnakan perubahan jantina dengan hanya mengisytiharkan dirinya sebagai ‘wanita’ dalam dokumen undang-undangnya.
“Saya gembira dengan badan saya dan saya (tertarik secara seksual kepada) wanita, tetapi saya menyedari beberapa perkara dan saya berasa seperti seorang wanita. Sebagai contoh, saya seorang pakar kecantikan, dan saya berasa lebih baik bercakap dengan wanita daripada lelaki.
“Apabila undang-undang (trans) baharu keluar, saya bertanya kepada anak perempuan saya sama ada dia keberatan jika saya menjadi seorang wanita. Dia berumur 10 tahun dan memberitahu saya dia tidak kisah. Kemudian saya membuat keputusan untuk melakukannya,” kata Francisco.
Pada Mac 2023, Sepanyol melonggarkan keperluan menukar dokumen seumpama itu dengan membatalkan keperluan individu untuk menyediakan laporan perubatan yang menunjukkan mereka mengalami kecelaruan jantina atau menjalani terapi hormon berlawanan jantina.
Formaliti perlu diselesaikan Francisco untuk menukar jantina ialah membentangkan dokumennya di Pejabat Pendaftaran Awam dan menunggu tempoh selama tiga bulan.
Francisco berkhidmat dalam tentera sejak 1999 dan ditempatkan di Seville di mana beliau ditugaskan sebagai mekanik jentera berat.
Beliau mendakwa masalah timbul selepas dia memaklumkan kepada pihak atasan berkaitan peralihan jantinanya yang sah dan keinginannya menggunakan bilik persalinan wanita.
“Saya tidak boleh terus menggunakan bilik persalinan yang bertentangan dengan jantina saya, jadi saya meminta penggunaan bilik persalinan yang sepadan dengan jantina saya, yang saya faham sepatutnya bilik persalinan wanita, kerana saya seorang wanita,” kata Francisco. – The Merdeka Times