Connect with us

Antarabangsa

Pasukan pembelaan ‘genosid’ Israel di ICJ diketuai peguam kes pemerdagangan seks kanak-kanak?

Peguam bela kes pemerdagangan seks kanak-kanak Jeffrey Epstein, Alan Dershowitz dikatakan bakal mengetuai barisan pembelaan Israel terhadap tuduhan genosid difailkan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pasukan pembelaan ‘genosid’ Israel di ICJ diketuai peguam kes pemerdagangan seks kanak-kanak?
Foto: Peguam bela Jeffrey Epstein, Alan Dershowitz (kiri) & Pesalah yang didakwa terbabit dalam operasi pemerdagangan seks kanak-kanak, Jeffrey Epstein.
  • Peguam bela kes pemerdagangan seks kanak-kanak Jeffrey Epstein, Alan Dershowitz dikatakan bakal mengetuai barisan pembelaan Israel terhadap tuduhan genosid difailkan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
  • Dershowitz yang dikenali dengan nama jolokan ‘anjing penyerang Israel’ juga dikatakan pilihan utama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengetuai barisan pembelaan.
  • Perkara itu dilaporkan wartawan politik di Axios, Barak Ravid dipetik Middle East Monitor.
  • “Pegawai-pegawai Israel berkata Netanyahu mahukan Alan Dershowitz untuk mewakili Israel ketika sebutan kes di @CIJ_ICJ minggu depan berkait dakwaan Afrika Selatan berkenaan ia (Israel) menjalankan pembunuhan beramai-ramai di Gaza,” kata Ravid di platform X.
  • Ravid turut menghubungi Dershowitz yang tidak menafikan laporan itu, tetapi berkata, “saya tidak boleh komen mengenainya buat masa ini.”

Peguam bela kes pemerdagangan seks kanak-kanak Jeffrey Epstein, Alan Dershowitz dikatakan bakal mengetuai barisan pembelaan Israel terhadap tuduhan genosid difailkan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Dershowitz yang dikenali dengan nama jolokan ‘anjing penyerang Israel’ juga dikatakan pilihan utama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengetuai barisan pembelaan.

Perkara itu dilaporkan wartawan politik di Axios, Barak Ravid yang dipetik Middle East Monitor.

“Pegawai-pegawai Israel berkata Netanyahu mahukan Alan Dershowitz untuk mewakili Israel ketika sebutan kes di @CIJ_ICJ minggu depan berkait dakwaan Afrika Selatan berkenaan ia (Israel) menjalankan pembunuhan beramai-ramai di Gaza,” kata Ravid di platform X.

Ravid turut menghubungi Dershowitz yang tidak menafikan laporan itu, tetapi berkata, “saya tidak boleh komen mengenainya buat masa ini”.

Dershowitz membela Jeffrey Epstein yang didakwa pada 2019 kerana terbabit dalam operasi pemerdagangan seks kanak-kanak bawah umur di Florida dan New York.

Hakim Persekutuan New York bulan lalu mengarahkan identiti lebih 150 individu yang disebut dalam dokumen mahkamah berkaitan jenayah Epstein, didedahkan.

Salah seorang mangsa masih mengekalkan dakwaan Epstein memperdagangkannya untuk seks sekurang-kurangnya enam kali, sejak mangsa berusia 16 tahun.

Bagaimanapun peguam Epstein, Dershowitz secara konsisten sejak awal lagi menafikan dakwaan itu.

Ramai yang melihat Dershowitz sebagai penyokong tegar zionis Israel, rakan lama dan penasihat Netanyahu selain pernah mempertahankan penempatan Israel – yang semuanya haram di bawah undang-undang antarabangsa – serta meremehkan kengerian korban awam. – The Merdeka Times

Sumber: Middle East Monitor

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *