Connect with us

Antarabangsa

Pembunuhan pemimpin Hamas, Hizbullah tidak akan berdiam diri – Hassan Nasrallah

Pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah menyatakan pihaknya tidak akan berdiam diri terhadap tindakan rejim penjajah zionis Israel membunuh Timbalan Ketua Hamas, Saleh Al-Arouri.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pembunuhan pemimpin Hamas, Hizbullah tidak akan berdiam diri – Hassan Nasrallah
Foto: Pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah.
  • Pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah menyatakan pihaknya tidak akan berdiam diri terhadap tindakan rejim penjajah zionis Israel membunuh Timbalan Ketua Hamas, Saleh Al-Arouri.
  • Sayyed Hassan Nasrallah, dalam ucapan disiarkan di televisyen pada Rabu, menyifatkan apa dilakukan rejim zionis merupakan jenayah besar.
  • Beliau berkata sekiranya negara haram Israel memang berniat untuk menyerang Lubnan, pihaknya akan berjuang habis-habisan.
  • “Sesiapa yang ingin berperang menentang kami, akan menyesalinya. Perang melawan kami akan sangat tinggi kosnya.
  • “Kami setakat ini mengambil berat akan situasi di Lubnan dan rakyat Lubnan, kepentingan negara, jika perang dilancarkan ke atas Lubnan, maka kepentingan negara Lubnan mewajibkan kami berperang hingga ke akhirnya tanpa sebarang sekatan,” kata Hassan Nasrallah dalam klip pendek disiarkan di Youtube Al Jazeera, semalam.

Pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah menyatakan pihaknya tidak akan berdiam diri terhadap tindakan rejim penjajah zionis Israel membunuh Timbalan Ketua Hamas, Saleh Al-Arouri.

Sayyed Hassan Nasrallah, dalam ucapan disiarkan di televisyen pada Rabu, menyifatkan apa dilakukan rejim zionis merupakan jenayah besar.

Katanya, sekiranya negara haram Israel memang berniat untuk menyerang Lubnan, pihaknya akan berjuang habis-habisan.

“Sesiapa yang ingin berperang menentang kami, akan menyesalinya. Perang melawan kami akan sangat tinggi kosnya.

“Kami setakat ini mengambil berat akan situasi di Lubnan dan rakyat Lubnan, kepentingan negara, jika perang dilancarkan ke atas Lubnan, maka kepentingan negara Lubnan mewajibkan kami berperang hingga ke akhirnya tanpa sebarang sekatan,” kata Hassan Nasrallah dalam klip pendek disiarkan di Youtube Al Jazeera, semalam.

Terdahulu, Al-Arouri dibunuh rejim Israel dalam satu serangan dron di ibu negara Lubnan di Beirut.

Al Arouri merupakan pemimpin kanan Hamas dan juga pengasas sayap tentera Hamas, Briged Izzuddin Al-Qassam. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *