Connect with us

Antarabangsa

Perang Gaza: Sistem kesihatan mental Israel hampir runtuh, lebih 100,000 sakit jiwa

Puluhan pakar psikiatri yang bekerja dalam sistem kesihatan awam Israel baru-baru ini meninggalkan negara itu dan berlepas menuju ke Britain, demikian lapor sumber sektor berkenaan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Perang Gaza: Sistem kesihatan mental Israel hampir runtuh, lebih 100,000 sakit jiwa
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Puluhan pakar psikiatri yang bekerja dalam sistem kesihatan awam Israel baru-baru ini meninggalkan negara itu dan berlepas menuju ke Britain, demikian lapor sumber sektor berkenaan.
  • Perkhidmatan Pertolongan Cemas Emosi Israel (ERAN) melaporkan peningkatan permintaan rawatan psikologi dan kecelaruan stres pasca trauma (PTSD) dalam kalangan warga Israel mencecah 100,000 kes.
  • Media tempatan Israel, Haaretz melaporkan peningkatan gangguan kesihatan mental dalam kalangan peneroka haram di negara itu dengan laporan kecelaruan psikologi semakin meningkat.
  • Tinjauan Gallup pada 23 Disember lalu menunjukkan “kesihatan mental warga Israel (dilihat) lebih teruk daripada sebelumnya” setelah operasi Taufan Al-Aqsa (perang Gaza) bermula 7 Oktober tahun lalu.

Puluhan pakar psikiatri yang bekerja dalam sistem kesihatan awam Israel baru-baru ini meninggalkan negara itu dan berlepas menuju ke Britain, demikian lapor sumber sektor berkenaan.

Perkhidmatan Pertolongan Cemas Emosi Israel (ERAN) melaporkan peningkatan permintaan rawatan psikologi dan kecelaruan stres pasca trauma (PTSD) dalam kalangan warga Israel mencecah 100,000 kes.

Media tempatan Israel, Haaretz melaporkan peningkatan gangguan kesihatan mental dalam kalangan peneroka haram di negara itu dengan laporan kecelaruan psikologi semakin meningkat.

Tinjauan Gallup pada 23 Disember lalu menunjukkan “kesihatan mental warga Israel (dilihat) lebih teruk daripada sebelumnya” setelah operasi Taufan Al-Aqsa (perang Gaza) bermula 7 Oktober tahun lalu.

Minggu lalu, ketua jabatan klinik kesihatan mental dilaporkan menulis kepada Pengawal Negara, Matanyahu Englman dan berkata, “sistem kesihatan mental Israel hampir runtuh sepenuhnya”.

Menurut sumber dalam sistem penjagaan kesihatan mental Israel, ramai doktor yang berlepas ke Britain membuat keputusan sedemikian sebelum meningkatnya beban kerja di tengah-tengah kegagalan reformasi kehakiman Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Beratus-ratus pakar psikiatri mengambil peperiksaan untuk mengamalkan perubatan di United Kingdom (UK) dalam beberapa bulan kebelakangan ini dengan dua belas darinya menyatakan hasrat untuk ke UK.

Bagaimanapun, seorang pentadbir kanan dalam sistem kesihatan mental Israel menyatakan niat mereka berhijrah bukanlah atas faktor gaji lebih baik.

Namun ia disebabkan “kekecewaan terhadap beban kerja” dan teruknya keadaan yang berlaku sejak bermulanya perang ke atas Gaza. – The Merdeka Times

Author