Terkini
Cadangan Ahli Parlimen DAP dilihat permulaan campur tangan bukan Muslim dalam urusan Islam – Wan Fayhsal
Cadangan Ahli Parlimen DAP, Datuk Ngeh Koo Ham supaya Kerajaan Madani melantik pakar perlembagaan bukan Islam dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN (Dewan Undangan Negeri) Untuk Menggubal Undang-undang Islam disifatkan sebagai melampau dan tidak celik perlembagaan.
- Cadangan Ahli Parlimen DAP, Datuk Ngeh Koo Ham supaya Kerajaan Madani melantik pakar perlembagaan bukan Islam dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN (Dewan Undangan Negeri) Untuk Menggubal Undang-undang Islam disifatkan sebagai melampau dan tidak celik perlembagaan.
- Ketua Armada Bersatu Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata sebagai seorang ahli parlimen, Koo Ham sepatutnya sedar bahawa urusan hal ehwal Islam terletak di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
- Ahmad Fayhsal berkata undang-undang syariah perlu dirunding, diurus, ditadbir dan dikuatkuasakan individu Islam semata-mata di mana ia sama sekali tidak menyentuh kelompok bukan Islam.
- “Cadangan Ngeh boleh menimbulkan kegusaran awam khususnya di kalangan umat Islam kerana keterlibatan orang bukan Islam dalam mengkaji kompetensi DUN dalam menggubal undang-undang Islam boleh dilihat sebagai suatu permulaan campur tangan oleh orang bukan Islam terhadap urusan agama Islam,” katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.
- “Apakah Ngeh sedar cadangan beliau ini boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang Islam di negara ini? Ngeh perlu menarik semula cadangan karut ini dan memohon maaf secara terbuka!” kata Ahli Parlimen Machang itu.
- Beliau mengulas saranan Koo Ham yang juga Ahli Parlimen Beruas yang menginginkan Kerajaan Madani melantik pakar perlembagaan bukan Islam bagi membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dun Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.
- Ahli Parlimen DAP itu berkata dalam mengharmonikan undang-undang syariah dengan Perlembagaan, adalah penting pandangan orang bukan Islam diambil kira supaya hak dan perlindungan yang diberikan Perlembagaan kepada orang bukan Islam serta asas negara ini tidak terjejas.
KUALA LUMPUR — Cadangan Ahli Parlimen DAP, Datuk Ngeh Koo Ham supaya Kerajaan Madani melantik pakar perlembagaan bukan Islam dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN (Dewan Undangan Negeri) Untuk Menggubal Undang-undang Islam disifatkan sebagai melampau dan tidak celik perlembagaan.
Ketua Armada Bersatu Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata sebagai Ahli Parlimen, Koo Ham sepatutnya sedar bahawa urusan hal ehwal Islam terletak di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Ahmad Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang dari PN-Bersatu berkata, undang-undang syariah perlu dirunding, diurus, ditadbir dan dikuatkuasakan individu Islam semata-mata di mana ia sama sekali tidak menyentuh kelompok bukan Islam.
“Cadangan Ngeh boleh menimbulkan kegusaran awam khususnya di kalangan umat Islam kerana keterlibatan orang bukan Islam dalam mengkaji kompetensi DUN dalam menggubal undang-undang Islam boleh dilihat sebagai suatu permulaan campur tangan oleh orang bukan Islam terhadap urusan agama Islam.
“Sekiranya Ngeh benar-benar bimbang mengenai kompetensi DUN untuk menggubal undang-undang Islam, boleh sahaja beliau mencadangkan pakar-pakar perlembagaan yang beragama Islam.
“Persoalannya mengapa Ngeh perlu mencadangkan pakar perlembagaan bukan Islam untuk menyertai Jawatankuasa ini?” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau mengulas saranan Koo Ham yang juga Ahli Parlimen Beruas yang menginginkan Kerajaan Madani melantik pakar perlembagaan bukan Islam bagi membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dun Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.
Ahli Parlimen DAP itu berkata dalam mengharmonikan undang-undang syariah dengan Perlembagaan, adalah penting pandangan orang bukan Islam diambil kira supaya hak dan perlindungan yang diberikan Perlembagaan kepada orang bukan Islam serta asas negara ini tidak terjejas.
Susulan itu, Ahmad Fayhsal menggesa Koo Ham untuk menarik semula cadangan beliau yang disifatkan mengarut dan perlu memohon maaf secara terbuka.
“Jawatankuasa ini sudah pun mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan telah pun memulakan tugas mereka.
“Apakah Ngeh sedar bahawa cadangan beliau ini boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang Islam di negara ini? Ngeh perlu menarik semula cadangan karut ini dan memohon maaf secara terbuka!” kata Ahli Parlimen Machang itu. — The Merdeka Times