Antarabangsa
Dihantui mimpi buruk perang di Gaza, Tentera penjajah Israel tembak rakan sendiri
Seorang tentera rejim penjajah Israel yang baru pulang dari Gaza menembak rakannya sendiri selepas terjaga daripada mimpi buruk perang di wilayah Palestin itu.
- Seorang tentera rejim penjajah Israel yang baru pulang dari Gaza menembak rakannya sendiri selepas terjaga daripada mimpi buruk perang di wilayah Palestin itu.
- Askar itu kini ditempatkan di resort di Ashkelon, selatan Israel bagi tujuan pemulihan susulan insiden itu.
- Ketika insiden berkenaan, anggota tentera itu dilaporkan melepaskan tembakan ke arah dinding hingga menyebabkan kecederaan kepada beberapa tentera lain.
- Akhbar Israel, Haaretz pada awal Disember melaporkan 18 peratus askar Israel yang terlibat dalam operasi ketenteraan di Gaza menderita masalah mental dan kecelaruan stres pasca trauma (PTSD).
Seorang tentera rejim penjajah Israel yang baru pulang dari Gaza menembak rakannya sendiri selepas terjaga daripada mimpi buruk perang di wilayah Palestin itu.
Askar itu kini ditempatkan di resort di Ashkelon, selatan Israel bagi tujuan pemulihan susulan insiden itu.
Ketika insiden berkenaan, anggota tentera itu dilaporkan melepaskan tembakan ke arah dinding hingga menyebabkan kecederaan kepada beberapa tentera lain.
Insiden berkenaan dirujuk kepada Kementerian Pertahanan Israel untuk siasatan lanjut.
Bagaimanapun, tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap tentera berkenaan disebabkan keadaan psikologinya, lapor Channel 12 dipetik The New Arab pada Rabu.
Akhbar Israel, Haaretz pada awal Disember melaporkan 18 peratus askar Israel yang terlibat dalam operasi ketenteraan di Gaza menderita masalah mental dan kecelaruan stres pasca trauma (PTSD).
Terdapat banyak laporan mengenai askar Israel yang mengalami trauma mental selepas menyertai serangan kejam rejim zionis ke atas wilayah Gaza, Palestin. – The Merdeka Times