Antarabangsa
Sebar pornografi melalui Telegram, Penulis blog transgender dipenjara tiga tahun
Penulis blog transgender Russia, Hilmi Forks dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana menghasilkan dan mengedarkan pornografi secara haram di internet, demikian menurut Perkhidmatan Media Pejabat Pendakwa Raya Moscow.
- Penulis blog transgender Russia, Hilmi Forks dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana menghasilkan dan mengedarkan pornografi secara haram di internet, demikian menurut Perkhidmatan Media Pejabat Pendakwa Raya Moscow.
- Forks, 29, yang mempunyai lebih 400,000 pengikut di Instagram ditahan pada Julai lalu selepas kes jenayah dibuka terhadapnya berhubung perkongsian video seksual di saluran Telegram pada 2022.
- Peguam tertuduh, Konstantin Erokhin pada November lalu menyatakan anak guamnya mengaku bersalah menyebarkan bahan lucah melalui internet dan telah bekerjasama dalam siasatan mengharapkan “hukuman paling ringan”.
- Erokhin berkata Forks telah mengambil bahagian dalam pemindahan dana kepada pertubuhan kebajikan yang menangani isu-isu moral dan menekankan bahawa pada masa siasatan dilakukan, saluran Telegram di mana beliau didakwa menyebarkan bahan lucah, telah dipadamkan.
Penulis blog transgender Russia, Hilmi Forks dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana menghasilkan dan mengedarkan pornografi secara haram di internet, demikian menurut Perkhidmatan Media Pejabat Pendakwa Raya Moscow.
Forks, 29, yang mempunyai lebih 400,000 pengikut di Instagram ditahan pada Julai lalu selepas kes jenayah dibuka terhadapnya berhubung perkongsian video seksual di saluran Telegram pada 2022.
Siasatan terhadap dakwaan itu pertama kali diumumkan Ketua Liga Internet Selamat Rusia, Ekaterina Mizulina bahawa Forks diletakkan di bawah tahanan rumah semasa siasatan sedang dijalankan.
Jika disabitkan kesalahan, Forks berdepan hukuman penjara maksimum enam tahun, lapor RT.
Peguam tertuduh, Konstantin Erokhin pada November lalu menyatakan anak guamnya mengaku bersalah menyebarkan bahan lucah melalui internet dan telah bekerjasama dalam siasatan mengharapkan “hukuman paling ringan”.
Erokhin berkata Forks telah mengambil bahagian dalam pemindahan dana kepada pertubuhan kebajikan yang menangani isu-isu moral dan menekankan bahawa pada masa siasatan dilakukan, saluran Telegram di mana beliau didakwa menyebarkan bahan lucah, telah dipadamkan.
Awal tahun ini, penulis blog transgender itu turut menarik perhatian polis dengan dakwaan menyebarkan “propaganda LGBT,” iaitu perbuatan yang dilarang di Russia sejak 2022.
Sebelum prosiding jenayah itu dibuat, Forks melarikan diri dari Russia dan menetap di Armenia selama beberapa bulan.
Beliau memutuskan untuk kembali ke Russia pada Julai lalu, tetapi serta-merta terlibat dalam skandal lain selepas dirakam bergaduh dengan seorang lelaki di sebuah restoran makanan segera di Moscow. – The Merdeka Times