Terkini
Tarik balik tauliah jika penceramah cenderung politik kepartian – JAIPk
Tauliah kebenaran mengajar agama semua penceramah atau pendakwah di masjid dan surau di Perak boleh ditarik balik sekiranya mereka mempamerkan kecenderungan ideologi politik kepartian dalam penyampaian mereka.
- Tauliah kebenaran mengajar agama semua penceramah atau pendakwah di masjid dan surau di Perak boleh ditarik balik sekiranya mereka mempamerkan kecenderungan ideologi politik kepartian dalam penyampaian mereka.
- Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Harith Fadzilah Abdul Halim berkata larangan masjid atau surau dijadikan tempat berpolitik bukan hanya terpakai kepada wakil rakyat atau ‘orang politik’, tetapi kepada sesiapa juga yang menunjukkan kecenderungan berkaitan dengannya dalam penyampaian.
- “(Mereka yang punyai kecenderungan) pun tidak boleh. Kalau terlepas (dapat tauliah) dan dia mempamerkan kecenderungan maka kita akan ‘mark’ (tanda) dia supaya untuk seterusnya nanti tauliahnya akan ditarik balik.
- “Tak boleh buat apa kerana ini adalah arahan yang kita muliakan daripada Sultan Perak (Sultan Nazrin Muizzuddin Shah) bagi menjaga keharmonian masyarakat dengan menyemai kasih-sayang, dan bukannya sikap berkelompok yang boleh merosak dan memecah belahkan perpaduan masyarakat negeri ini,” katanya dipetik Harian Metro, hari ini.
KUALA LUMPUR – Tauliah kebenaran mengajar agama semua penceramah atau pendakwah di masjid dan surau di Perak boleh ditarik balik sekiranya mereka mempamerkan kecenderungan ideologi politik kepartian dalam penyampaian mereka.
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Harith Fadzilah Abdul Halim berkata larangan masjid atau surau dijadikan tempat berpolitik bukan hanya terpakai kepada wakil rakyat atau ‘orang politik’, tetapi kepada sesiapa juga yang menunjukkan kecenderungan berkaitan dengannya dalam penyampaian.
“(Mereka yang punyai kecenderungan) pun tidak boleh. Kalau terlepas (dapat tauliah) dan dia mempamerkan kecenderungan maka kita akan ‘mark’ (tanda) dia supaya untuk seterusnya nanti tauliahnya akan ditarik balik.
“Tak boleh buat apa kerana ini adalah arahan yang kita muliakan daripada Sultan Perak (Sultan Nazrin Muizzuddin Shah) bagi menjaga keharmonian masyarakat dengan menyemai kasih-sayang, dan bukannya sikap berkelompok yang boleh merosak dan memecah belahkan perpaduan masyarakat negeri ini,” katanya dipetik Harian Metro hari ini.
Pada 7 Mac lalu, Harith dalam satu kenyataan dilaporkan berkata selain wakil rakyat dan Ahli Dewan Negara, individu memegang jawatan dalam parti politik dilarang mengambil bahagian dalam aktiviti mengajar atau bersyarah di masjid dan surau berdaftar di bawah JAIPk.
Selain itu, calon bertanding dalam mana-mana pilihan raya, serta individu yang bersara sebagai Ahli Dewan Negara dan wakil rakyat namun masih aktif dalam kegiatan politik juga dilarang berbuat demikian
Kata Harith, ia selaras ketetapan Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perak menerusi pekeliling berhubung garis panduan bertarikh 6 Mac 2023 yang diedarkan kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid seluruh Perak. — The Merdeka Times