Antarabangsa
Israel tetapkan 20 peratus kawasan Khan Younis bagi pemindahan pelarian di Gaza
Tentera rejim penjajah Israel pada Rabu mengeluarkan peta baru merangkumi 20 peratus kawasan tengah dan selatan Khan Younis bagi pemindahan segera pelarian di Gaza.
- Tentera rejim penjajah Israel pada Rabu mengeluarkan peta baru merangkumi 20 peratus kawasan tengah dan selatan Khan Younis bagi pemindahan segera pelarian di Gaza.
- Kawasan itu sebelum ini menempatkan 111,000 penduduk Gaza dan kini menampung lebih 141,000 mangsa hilang tempat tinggal dari utara wilayah berkenaan.
- Jurucakap kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, Stephane Dujarric melahirkan kebimbangan mengenai situasi itu.
- Maklumat mengenai pelarian di kawasan itu dan beberapa perkara lain terjejas ekoran gangguan telekomunikasi dan kekurangan bekalan elektrik.
Tentera rejim penjajah Israel pada Rabu mengeluarkan peta baru merangkumi 20 peratus kawasan tengah dan selatan Khan Younis bagi pemindahan segera pelarian di Gaza.
Kawasan itu sebelum ini menempatkan 111,000 penduduk Gaza dan kini menampung lebih 141,000 mangsa hilang tempat tinggal dari utara wilayah berkenaan.
Jurucakap kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, Stephane Dujarric berkata maklumat mengenai pelarian di kawasan itu dan beberapa perkara lain terjejas ekoran gangguan telekomunikasi dan kekurangan bekalan elektrik.
Memetik Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (UNOCHA), Dujarric berkata telekomunikasi di kebanyakan kawasan sekitar Gaza masih terputus sejak lapan hari lalu.
Beliau berkata tiada kawasan yang selamat di Gaza.
“Kami sedang bekerja dalam situasi cukup berbahaya. Lebih 135 kakitangan kami membayarnya dengan nyawa (mati). Kami sedang bekerja dalam situasi cukup sukar di mana pelbagai proses pengesahan perlu dilakukan,” kata Dujarric dipetik agensi berita Xinhua, hari ini.
Dujarric berkata PBB sedang berusaha untuk menyampaikan bantuan seberapa kerap dan segera mungkin ke Gaza.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hanya sembilan daripada 36 fasiliti kesihatan di Gaza masih beroperasi dan kesemuanya terletak di selatan Gaza. – Agensi