Connect with us

Terkini

Larangan kapal Israel berlabuh di Malaysia: 4,000 kontena ZIM terkandas di Pelabuhan Klang

Sebanyak 4,000 kontena kargo transit milik syarikat perkapalan berpangkalan di Israel, ZIM dilaporkan terkandas di Pelabuhan Klang susulan larangan berlabuh ke atas semua kapal Israel, bermula semalam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Larangan kapal Israel berlabuh di Malaysia: 4,000 kontena ZIM terkandas di Pelabuhan Klang
Foto: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
  • Sebanyak 4,000 kontena kargo transit milik syarikat perkapalan berpangkalan di Israel, ZIM dilaporkan terkandas di Pelabuhan Klang susulan larangan berlabuh ke atas semua kapal Israel, bermula semalam.
  • Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata syarikat perkapalan itu bertanggungjawab terhadap kontena mereka yang terkandas ketika ini.
  • “Yang kita tahu setakat ini ada 4,000 kontena yang masih terkandas di Port Klang, khususnya di Westport. Kontena tersebut patut dikeluarkan melalui syarikat perkapalan (ZIM).
  • “Apabila kita ambil tindakan (sekatan), syarikat perkapalan ini perlu menghubungi syarikat perkapalan lain untuk angkut keluar kontena-kontena ini dalam masa terdekat untuk destinasi seterusnya,” katanya dipetik Utusan Malaysia pada sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan antara MRT Corps dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) di Putrajaya, hari ini.
  • Semalam, kerajaan memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan ZIM atau mana-mana kapal dengan bendera Israel daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di Malaysia berkuat kuasa serta merta.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 4,000 kontena kargo transit milik syarikat perkapalan berpangkalan di Israel, ZIM dilaporkan terkandas di Pelabuhan Klang susulan larangan berlabuh ke atas semua kapal Israel, bermula semalam.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata syarikat perkapalan itu bertanggungjawab terhadap kontena mereka yang terkandas ketika ini.

“Yang kita tahu setakat ini ada 4,000 kontena yang masih terkandas di Port Klang, khususnya di Westport. Kontena tersebut patut dikeluarkan melalui syarikat perkapalan (ZIM).

“Apabila kita ambil tindakan (sekatan), syarikat perkapalan ini perlu menghubungi syarikat perkapalan lain untuk angkut keluar kontena-kontena ini dalam masa terdekat untuk destinasi seterusnya,” katanya dipetik Utusan Malaysia pada sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan antara MRT Corps dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) di Putrajaya, hari ini.

Semalam, kerajaan memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan ZIM atau mana-mana kapal dengan bendera Israel daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di Malaysia berkuat kuasa serta merta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sekatan itu adalah respons terhadap tindakan Israel yang melanggar undang-undang antarabangsa dengan melakukan pembantaian dan kekejaman terhadap warga Palestin.

Susulan itu,  Lembaga Pelabuhan Klang diarah membantu pihak yang terjejas susulan keputusan drastik kerajaan semalam. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *