Antarabangsa
Aktivis LGBTQ didakwa laku serangan seksual kanak-kanak bawah umur
Aktivis LGBTQ Philadelphia, Kendall Stephens, 37, ditahan polis pada 18 Disember lalu atas tuduhan serang seksual terhadap dua kanak-kanak.
- Aktivis LGBTQ Philadelphia, Kendall Stephens, 37, ditahan polis pada 18 Disember lalu atas tuduhan serang seksual terhadap dua kanak-kanak.
- Beliau ditahan atas beberapa tuduhan termasuk merogol, melakukan hubungan terlarang dan penganiayaan terhadap kanak-kanak bawah umur, perlakuan tidak senonoh dan membahayakan kebajikan kanak-kanak.
- Berdasarkan dokumen mahkamah diperoleh NBC10, Stephens dituduh selepas didakwa melakukan serangan terhadap dua kanak-kanak lelaki berusia 14 dan 9 tahun.
- Siasatan dijalankan pada 25 September lalu apabila nenek salah seorang ahli keluarga mangsa melaporkan serangan seksual terhadap cucunya.
PHILADELPHIA – Aktivis LGBTQ Philadelphia, Kendall Stephens, 37, ditahan polis pada 18 Disember lalu atas tuduhan serang seksual terhadap dua kanak-kanak.
Beliau ditahan atas beberapa tuduhan termasuk merogol, melakukan hubungan terlarang dan penganiayaan terhadap kanak-kanak bawah umur, perlakuan tidak senonoh dan membahayakan kebajikan kanak-kanak.
Berdasarkan dokumen mahkamah diperoleh NBC10, Stephens dituduh selepas didakwa melakukan serangan terhadap dua kanak-kanak lelaki berusia 14 dan 9 tahun.
Siasatan dijalankan pada 25 September lalu apabila nenek salah seorang ahli keluarga mangsa melaporkan serangan seksual terhadap cucunya.
Stephens didakwa menyeleweng seorang kanak-kanak lelaki sekurang-kurangnya dalam tiga insiden sejak 2022, ketika kanak-kanak itu baru berusia 8 tahun.
Menurut laporan penyiasat, mangsa kedua turut mengadu diserang dan diberikan ‘hadiah’ supaya mendiamkan diri.
Terdahulu, Stephens menuntut keadilan dalam kes jenayah yang melibatkan komuniti LGBTQ selepas dia diserang sekumpulan individu yang memukulnya di hadapan anak-anaknya pada hari pertama sebagai pelajar Universiti Temple.
Stephens juga merupakan bekas Ahli Jawatankuasa Penasihat LGBTQ Pejabat Peguam Negara Philadelphia.
Jurucakap pejabat itu memberitahu NBC10 bahawa Stephens tidak lagi bekerja dengan jawatankuasa tersebut.
“Beliau telah dipecat selepas Pejabat Peguam Negara memberitahu tentang penahanannya dan merujuk kes itu kepada Pejabat Peguam Negara,” kata jurucakap itu kepada NBC10.