Connect with us

Antarabangsa

Thailand bakal iktiraf perkahwinan sejenis

Kabinet Thailand pada Selasa  meluluskan draf bagi membahaskan usul membenarkan perkahwinan sejenis di negara itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kabinet Thailand pada Selasa  meluluskan draf  bagi membahaskan usul membenarkan perkahwinan sejenis di negara itu.
  • Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin berkata usul itu dijangka dibahaskan pada Khamis ini.
  • Sekiranya ia berjaya diluluskan, Thailand bakal menjadi negara pertama di Asia Tenggara membenarkan perkahwinan songsang itu.
  • Undang-undang ini bakal membenarkan pasangan sejenis mempunyai hak yang sama seperti pasangan lelaki dan perempuan.
  • “Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua,” kata beliau dipetik The Business Times pada Selasa.

KUALA LUMPUR – Kabinet Thailand pada Selasa  meluluskan draf  bagi membahaskan usul membenarkan perkahwinan sejenis di negara itu.

Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin berkata usul itu dijangka dibahaskan pada Khamis ini.

Sekiranya ia berjaya diluluskan, Thailand bakal menjadi negara pertama di Asia Tenggara membenarkan perkahwinan songsang itu.

Undang-undang ini bakal membenarkan pasangan sejenis mempunyai hak yang sama seperti pasangan lelaki dan perempuan.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua,” kata beliau dipetik The Business Times pada Selasa.

Draf itu juga bakal meminda klarifikasi maksud beberapa perkataan  yang secara normalnya merujuk kepada jantina seperti lelaki, perempuan, suami dan isteri.

Dalam berita berasingan, difahamkan bahawa draf itu turut membincangkan hak lain seperti mengambil anak angkat, pengurusan aset dan pewarisan harta bagi pasangan songsang berkenaan.

Draf bagi rang undang-undang itu terdahulu dilaporkan gagal diluluskan Parlimen pada era pentadbiran Prayuth Chan- Ocha.

Thailand sering disinonimkan oleh masyarakat dunia sebagai negara mesra  Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Portal pelancongan Hotels menobatkan ibu negara Thailand, Bangkok sebagai tempat ketiga  destinasi pelancongan mesra LGBT di Asia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *