Connect with us

Antarabangsa

Pope Francis benarkan paderi Katolik berkati pasangan sejenis

Pope Francis secara rasminya memberi kebenaran kepada seluruh paderi Katolik untuk memberkati pasangan homoseksual atau pasangan sejenis.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Gereja Katolik, Pope Francis.
  • Pope Francis secara rasminya memberi kebenaran kepada seluruh paderi Katolik untuk memberkati pasangan homoseksual atau pasangan sejenis.
  • Deklarasi doktrin Vatican mengenai perkara itu diterbitkan semalam dengan alasan seseorang yang meminta diberkati tidak semestinya perlu mempunyai etika  moral yang baik.
  • “Akhirnya, pemberian berkat memberi peluang kepada orang ramai untuk meningkatkan kepercayaan mereka kepada tuhan,” demikian menurut Deklarasi Vatican dipetik ABC News pada Isnin.

Pope Francis secara rasminya memberi kebenaran kepada seluruh paderi Katolik untuk memberkati pasangan homoseksual atau pasangan sejenis.

Deklarasi doktrin Vatican mengenai perkara itu diterbitkan semalam dengan alasan seseorang yang meminta diberkati tidak semestinya perlu mempunyai etika  moral yang baik.

“Akhirnya, pemberian berkat memberi peluang kepada orang ramai untuk meningkatkan kepercayaan mereka kepada tuhan.

“Permintaan untuk diberkati ini  mengungkap dan memupuk keterbukaan kepada keunggulan, belas kasihan dan kedekatan kepada tuhan dalam ribuan kehidupan yang konkrit ini, yang mana ia bukan perkara kecil dalam dunia yang kita huni sekarang” kata Deklarasi Vatican dipetik ABC News pada Isnin.

Media melaporkan pemberian berkat kepada pasangan sejenis tidak bermakna memberkati hubungan terlarang itu, sepertimana perkahwinan antara lelaki dan perempuan.

Sumber: ABC News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *