Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Ahli Parlimen selar hubungan dagang Turkiye dengan Israel alami serangan jantung, meninggal dunia

Seorang Ahli Parlimen Turkiye meninggal dunia dua hari selepas beliau mengalami serangan jantung pada Selasa lalu sejurus selepas beliau menyelar Presiden Recep Tayyip Erdogan kerana menjalankan urusan perdagangan dengan Israel.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Ahli Parlimen selar hubungan dagang Turkiye dengan Israel alami serangan jantung, meninggal dunia
Foto: Parti Islamist Saadet Partisi, Hasan Bitmez (kiri) & Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (tengah) & Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan (kanan).

Seorang Ahli Parlimen Turkiye meninggal dunia dua hari selepas beliau mengalami serangan jantung pada Selasa lalu sejurus selepas beliau menyelar Presiden Recep Tayyip Erdogan kerana menjalankan urusan perdagangan dengan Israel.

Ketika itu Hasan Bitmez dari Parti Islamist Saadet Partisi atau Parti Felicity itu sedang menyampaikan ucapan di Parlimen, menyelar Erdogan atas dakwaan masih membenarkan kapal Turkiye memasuki Israel.

“Kamu membenarkan kapal-kapal pergi ke Israel dan tanpa malu kamu memanggilnya perdagangan. … Kamu sekutu Israel,” kata Bitmez dalam ucapannya yang ditujukan kepada Presiden itu dan partinya iaitu Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP).

“Seandainya kamu terlepas dari azab sejarah, kamu pasti tidak akan boleh lari dari kemurkaan Tuhan,” katanya mengakhiri ucapan selama 20 minit itu sebelum rebah di tepi platform ucapannya di Parlimen.

Kenyataan itu diucapkan beliau setelah meletakkan poster di atas podium yang tertulis “Israel pembunuh; kolaborasi AKP.” 

Al Jazeera melaporkan ucapannya termasuk dakwaan kerajaan pimpinan Erdogan masih meneruskan hubungan ekonomi dengan Israel dalam situasi serangan terkini di Gaza yang merekodkan hampir 19,000 kematian penduduk wilayah konflik itu.

Menteri Kesihatan Turkiye, Fahrettin Koca semalam mengesahkan bahawa Hasan Bitmez yang berumur 54 tahun itu meninggal dunia di Hospital Ankara, dua hari selepas insiden serangan jantung itu.

Dalam satu majlis kecil semalam di perkarangan Perhimpunan Kebangsaan Besar, keranda Bitmez disarungkan bendera Turkiyep bersama bendera kecil Palestin.

Sumber: Al Jazeera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *