Antarabangsa
Didakwa beri tumpuan berlebihan etika Islam, Perancis hentikan dana sekolah Muslim
Kerajaan Perancis menghentikan pemberian dana kepada sebuah sekolah menengah Muslim terbesar di negara itu kerana didakwa memberi penekanan berlebihan terhadap nilai etika Islam.
- Kerajaan Perancis menghentikan pemberian dana kepada sebuah sekolah menengah Muslim terbesar di negara itu kerana didakwa memberi penekanan berlebihan terhadap nilai etika Islam.
- Sekolah Averroes di Lille berada di bawah pemerhatian pihak berkuasa selepas suruhanjaya perundingan mempersoalkan kurikulum sekolah menengah itu.
- Menurut akhbar Le Parisien, suruhanjaya itu menyifatkan pengajaran etika Muslim adalah bertentangan dengan nilai republik Perancis.
- Akhbar itu melaporkan pemeriksa dari suruhanjaya terbabit mengecualikan “penekanan berlebihan kepada Islam dalam kursus agama” dan kekurangan “kandungan LGBT” dalam kurikulum sekolah itu.
PERANCIS – Kerajaan Perancis menghentikan pemberian dana kepada sebuah sekolah menengah Muslim terbesar di negara itu kerana didakwa memberi penekanan berlebihan terhadap nilai etika Islam.
Sekolah Averroes di Lille berada di bawah pemerhatian pihak berkuasa selepas suruhanjaya perundingan mempersoalkan kurikulum sekolah menengah itu.
Menurut akhbar Le Parisien, suruhanjaya itu menyifatkan pengajaran etika Muslim di sekolah itu bertentangan dengan nilai republik Perancis.
Akhbar itu berkata pemeriksa dari suruhanjaya terbabit mengecualikan “penekanan berlebihan kepada Islam dalam kursus agama” dan kekurangan “kandungan LGBT” dalam kurikulum sekolah itu.
Pihak sekolah memaklumkan mereka akan memfailkan rayuan berhubung perkara itu kepada mahkamah pentadbiran, lapor TRT memetik Le Parisien pada Isnin.
Terdahulu, media melaporkan kerajaan Perancis melarang pemakaian abaya atau jubah labuh di sekolah.
Tindakan itu dialu-alukan kumpulan berhaluan kanan, namun kelompok berhaluan kiri menganggapnya penghinaan terhadap kebebasan awam.
Sumber: TRT