Connect with us

Terkini

Itali, Perancis dan Jerman gesa sekatan EU ke atas Hamas dan penyokongnya

Itali, Perancis dan Jerman menggesa Kesatuan Eropah (EU) untuk mengenakan sekatan ke atas Hamas dan penyokongnya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Itali, Perancis dan Jerman gesa sekatan EU ke atas Hamas dan penyokongnya
Foto: Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell.
  • Itali, Perancis dan Jerman menggesa Kesatuan Eropah (EU) untuk mengenakan sekatan ke atas Hamas dan penyokongnya.
  • Dalam surat bersama kepada Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell, diplomat tertinggi Itali, Perancis dan Jerman menyeru kesatuan itu untuk mengenakan sekatan ad hoc terhadap Hamas dan penyokongnya.
  • “Pelaksanaan sekatan itu dengan cepat membolehkan kita menghantar mesej politik terhadap komitmen Kesatuan Eropah menentang Hamas dan memperkuatkan solidariti kita dengan Israel,” kata surat itu dipetik The Guardian dalam laporan Hurriyet Daily News semalam.

BRUSSELS – Itali, Perancis dan Jerman menggesa Kesatuan Eropah (EU) untuk mengenakan sekatan ke atas Hamas dan penyokongnya.

Dalam surat bersama kepada Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell, diplomat tertinggi Itali, Perancis dan Jerman menyeru kesatuan itu untuk mengenakan sekatan ad hoc terhadap Hamas dan penyokongnya.

“Kami menyatakan sokongan penuh kami untuk…cadangan mewujudkan rejim sekatan ad hoc terhadap Hamas dan penyokongnya.

“Pelaksanaan sekatan itu dengan cepat membolehkan kita menghantar mesej politik terhadap komitmen Kesatuan Eropah menentang Hamas dan memperkuatkan solidariti kita dengan Israel,” kata surat itu dipetik The Guardian dalam laporan Hurriyet Daily News semalam.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada 10 Disember lalu dilaporkan mengkritik pemimpin-pemimpin negara barat kerana sokongan tidak konsisten kepada Israel.

Sumber : Jordan News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *