Terkini
Pelantikan Menteri Kewangan II: MOF perlu pasukan kuat kendalikan ekonomi – PM
Pelantikan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Menteri Kewangan II adalah wajar kerana Kementerian Kewangan (MOF) memerlukan pasukan profesional yang kuat tanpa gangguan tekanan politik, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Pelantikan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Menteri Kewangan II adalah wajar kerana Kementerian Kewangan (MOF) memerlukan pasukan profesional yang kuat tanpa gangguan tekanan politik, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Perdana Menteri berkata pelantikan Amir Hamzah dibuat berdasarkan rekod cemerlangnya menguruskan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum ini.
- “Pandangan saya dan saya fikir sudah ada konsensus bahawa Kementerian Kewangan selain diketuai saya, mesti ada pasukan profesional yang kuat untuk memastikan kita berada di landasan yang tepat dan fokus kepada ekonomi, tidak terganggu dengan tekanan politik.
- “Pemilihan beliau (Amir Hamzah) adalah kerana sudah menunjukkan hasil yang kompeten, kebolehan ketika menguruskan KWSP dengan baik dan memuaskan,” katanya pada Sidang Media Rombakan Kabinet Kerajaan Madani, hari ini.
- Amir Hamzah yang juga anak kepada bekas Presiden dan Pengerusi Petronas, Tun Azizan Zainul Abidin merupakan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP pada 2021.
KUALA LUMPUR – Pelantikan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Menteri Kewangan II adalah wajar kerana Kementerian Kewangan (MOF) memerlukan pasukan profesional yang kuat tanpa gangguan tekanan politik, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata pelantikan Amir Hamzah dibuat berdasarkan rekod cemerlangnya menguruskan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum ini.
“Pandangan saya dan saya fikir sudah ada konsensus bahawa Kementerian Kewangan selain diketuai saya, mesti ada pasukan profesional yang kuat untuk memastikan kita berada di landasan yang tepat dan fokus kepada ekonomi, tidak terganggu dengan tekanan politik.
“Pemilihan beliau (Amir Hamzah) adalah kerana sudah menunjukkan hasil yang kompeten, kebolehan ketika menguruskan KWSP dengan baik dan memuaskan,” katanya pada Sidang Media Rombakan Kabinet Kerajaan Madani, hari ini.
Amir Hamzah yang juga anak kepada bekas Presiden dan Pengerusi Petronas, Tun Azizan Zainul Abidin merupakan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP pada 2021.
Rombakan kabinet hari ini menyaksikan jumlah keseluruhan Ahli Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri meningkat dari 55 kepada 60 orang, namun jumlah itu masih rendah dibandingkan dengan 70 orang ahli kabinet kerajaan sebelum ini.
Rombakan itu turut menyaksikan pelantikan semula Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebagai Menteri Kesihatan yang pernah menjawat jawatan tersebut pada era 22 bulan pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dari 2018 hingga 2020. – The Merdeka Times