Connect with us

Terkini

Kabinet setuju cadangan tukar lesen memandu kepada digital

Kabinet bersetuju dengan cadangan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk menukar lesen memandu kenderaan digunakan ketika ini kepada bentuk digital.

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kabinet bersetuju cadangan Kementerian Pengangkutan (MOT) menukar lesen memandu kenderaan digunakan ketika ini kepada bentuk digital.
  • Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata syarat dikenakan adalah semua maklumat peribadi tidak diperoleh syarikat pengendali.
  • Beliau berucap pada Majlis Pelancaran ZCERT – Sistem Dokumen Kelayakan Disahkan Digital rentas sempadan di atas blok rantai Zetrix-Xinghuo di sini, kelmarin.

KUALA LUMPUR: Kabinet bersetuju dengan cadangan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk menukar lesen memandu kenderaan digunakan ketika ini kepada bentuk digital.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata syarat yang dikenakan adalah semua maklumat peribadi tidak diperoleh syarikat pengendali.

“Menteri Pengangkutan (Anthony Loke) sebelum ini merancang menukar lesen memandu yang ada, dalam bentuk digital dengan syarat semua maklumat peribadi tidak diperoleh syarikat pengendali.

“Selain itu, kos setiap lesen kurang daripada sekarang dan Kabinet setuju pada dasarnya cadangan beliau itu,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Pelancaran ZCERT – Sistem Dokumen Kelayakan Disahkan Digital rentas sempadan di atas blok rantai Zetrix-Xinghuo di sini, kelmarin.

Sumber: Buletin tv3

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author