Connect with us

Antarabangsa

Perhimpunan Agung PBB terima pakai lima resolusi memihak Palestin

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis menerima pakai lima resolusi yang memihak kepada perjuangan Palestin, mencerminkan soladiriti dunia terhadap perjuangan berterusan Palestin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis menerima pakai lima resolusi memihak perjuangan Palestin, mencerminkan soladiriti dunia terhadap perjuangan berterusan Palestin.
  • Resolusi pertama membabitkan usaha menghantar bantuan kepada pelarian Palestin, resolusi kedua memberi tumpuan kepada operasi Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), menurut Agensi Berita Palestin WAFA.
  • Resolusi ketiga berkaitan harta milik pelarian Palestin dan pendapatan diperoleh daripadanya, resolusi keempat usaha menangani penempatan Israel di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur dan Golan Syria yang diduduki.
  • Resolusi kelima membabitkan aktiviti Jawatankuasa Khas Menyiasat Tindakan Israel Melanggar Hak Asasi Manusia Bangsa Palestin dan Arab Lain di wilayah diduduki.

NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis menerima pakai lima resolusi yang memihak kepada perjuangan Palestin, mencerminkan soladiriti dunia terhadap perjuangan berterusan Palestin.

Resolusi pertama membabitkan usaha menghantar bantuan kepada pelarian Palestin, manakala resolusi kedua memberi tumpuan kepada operasi Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), menurut Agensi Berita Palestin WAFA.

Resolusi ketiga pula berkaitan dengan harta milik pelarian Palestin dan pendapatan yang diperoleh daripadanya, manakala resolusi keempat mengenai usaha menangani penempatan Israel di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur dan Golan Syria yang diduduki.

Resolusi kelima pula membabitkan aktiviti Jawatankuasa Khas untuk Menyiasat Tindakan Israel yang Melanggar Hak Asasi Manusia Bangsa Palestin dan Arab Lain di wilayah diduduki.

Wakil Tetap Palestin di PBB Riyad Mansour menyatakan penghargaannya terhadap sokongan dan solidariti antarabangsa yang semakin meningkat, khususnya berkaitan isu pelarian Palestin, lapor WAFA. — BERNAMA

Sumber: BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *