Connect with us

Antarabangsa

British bantu PA ambil alih pentadbiran di Gaza

Tentera British sedang berusaha membantu Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk mengambil alih
pentadbiran di Gaza, kata Setiausaha Pertahanan United Kingdom (UK), Grant Shapps.

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

British bantu PA ambil alih pentadbiran di Gaza
Foto: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.
  • Tentera British sedang berusaha membantu Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk mengambil alih pentadbiran di Gaza, kata Setiausaha Pertahanan United Kingdom (UK), Grant Shapps.
  • Shapps memberitahu The Times bahawa dia telah bertemu dengan wakil PA di Ramallah, Tebing Barat pada Khamis berhubung perkara itu.
  • Setiausaha Pertahanan UK itu berkata usaha tersebut dilihat sebagai penyelesaian terhadap isu genosid rakyat Palestin di Gaza ketika ini.
  • Shapps yang juga berketurunan Yahudi berkata, usaha memindahkan pentadbiran Gaza dari Hamas kepada PA itu turut melibatkan bantuan Amerika Syarikat.
  • Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada November lalu berkata, pengambilalihan Gaza oleh PA bergantung kepada penyelesaian politik konflik Israel-Palestin, termasuk tertubuhnya negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.
  • Berita mengenai usaha British di Gaza itu mendapat reaksi negatif daripada netizen di platform X.

Tentera British sedang berusaha membantu Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk mengambil alih pentadbiran di Gaza, kata Setiausaha Pertahanan United Kingdom (UK), Grant Shapps.

Shapps memberitahu The Times bahawa dia telah bertemu dengan wakil PA di Ramallah, Tebing Barat pada Khamis berhubung perkara itu.

Setiausaha Pertahanan UK itu berkata usaha tersebut dilihat sebagai penyelesaian terhadap isu genosid rakyat Palestin di Gaza ketika ini.

Katanya, Gaza perlu diletakkan di bawah PA kerana ia mampu membawa kepada bantuan dan sokongan daripada masyarakat antarabangsa.

“Apabila berlaku satu insiden yang teruk, apa yang perlu kita buat adalah lakukan sesuatu yang lebih baik berbanding sebelum ini.

“Kita perlu menggunakan krisis yang mengerikan ini untuk memperbaiki keselamatan rakyat Israel dan juga penduduk Palestin.

“Saya percaya cara untuk melakukannya adalah dengan membentuk sebuah koalisi antarabangsa yang dipimpin negara Arab, baik dalam aspek pembinaan semula Gaza di lapangan mahupun secara pentadbiran,” kata Setiausaha Pertahanan UK itu.

Shapps yang juga berketurunan Yahudi berkata, usaha memindahkan pentadbiran Gaza dari Hamas kepada PA itu turut melibatkan bantuan Amerika Syarikat.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada November lalu berkata, pengambilalihan Gaza oleh PA bergantung kepada penyelesaian politik konflik Israel-Palestin, termasuk tertubuhnya negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

Berita mengenai usaha British di Gaza itu mendapat reaksi negatif daripada netizen di platform X.

Netizen, @Imran Jan mempersoalkan kenapa pihak British melakukan tindakan itu sedangkan mereka bukan penduduk di Gaza, Palestin.

“Kenapa mereka pula yang buat keputusan menentukan nasib orang ini (rakyat Palestin,” kata @Imran Jan.

“British tidak pernah belajar daripada kesilapan lalu,” kata netizen, @MSphere.

Netizen, @Nuzza pula menyifatkan usaha British campurtangan di Gaza itu sebagai ‘Deklarasi Balfour terkini’.

Ketika ini PA yang dipimpin Abbas mentadbir wilayah Tebing Barat yang terdiri daripada beberapa kawasan, termasuk Jenin, Jericho, Baitullaham, Nablus dan Hebron. – The Merdeka Times

Author