Connect with us

Terkini

(VIDEO) Rejim zionis pengganas Israel bogelkan, tutup mata dan malukan tawanan awam Palestin

Lebih 100 lelaki warga Palestin dirakam hanya berseluar dalam, ditutup mata, diikat tangan ke belakang dan dibariskan di atas jalan oleh tentera rejim pengganas Israel di utara Gaza.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Rejim zionis pengganas Israel bogelkan, tutup mata dan malukan tawanan awam Palestin
Foto: Tangkap layar rakaman video dan foto yang tersebar di platform media sosial menunjukkan tentera haram Israel mengumpulkan dan mengerahkan tawanan awam.
  • Lebih 100 lelaki warga Palestin dirakam hanya berseluar dalam, ditutup mata, diikat tangan ke belakang dan dibariskan di atas jalan oleh tentera rejim pengganas Israel di utara Gaza.
  • Rakaman video dan foto tersebar di platform media sosial itu menunjukkan tentera haram Israel mengumpulkan dan mengerahkan tawanan awam itu yang kemudiannya diarahkan menaiki trak.
  • The New Arab (Al-Araby Al Jadeed) memetik media Israel mengaitkan imej itu dengan laporan kononnya tawanan terbabit adalah “suspek Hamas menyerah diri kepada tentera Israel”.
  • Dakwaan itu dilihat sebagai usaha terdesak zionis Israel untuk menunjukkan kononnya mereka berjaya menangani pejuang Hamas di Gaza, ketika ia membunuh berbelas ribu warga Palestin, termasuk kanak-kanak dan wanita.
  • Wartawan The New Arab, Diaa Al-Kahlout dilaporkan antara penduduk Gaza ditangkap tentera zionis Israel dalam operasi itu yang memaksa tawanan menanggalkan pakaian, diperiksa dan dimalukan sebelum dibawa ke lokasi tidak diketahui.
  • Kempen ketenteraan tanpa henti rejim zionis di Gaza setakat ini membunuh lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak dalam tempoh lebih lapan minggu.

Lebih 100 lelaki warga Palestin dirakam hanya berseluar dalam, ditutup mata, diikat tangan ke belakang dan dibariskan di atas jalan oleh tentera rejim pengganas Israel di utara Gaza.

Rakaman video dan foto tersebar di platform media sosial itu menunjukkan tentera haram Israel mengumpulkan dan mengerahkan tawanan awam itu yang kemudiannya diarahkan menaiki trak.

The New Arab (Al-Araby Al Jadeed) memetik media Israel mengaitkan imej itu dengan laporan kononnya tawanan terbabit adalah “suspek Hamas menyerah diri kepada tentera Israel”.

Dakwaan itu dilihat sebagai usaha terdesak zionis Israel untuk menunjukkan kononnya mereka berjaya menangani pejuang Hamas di Gaza, ketika ia membunuh berbelas ribu warga Palestin, termasuk kanak-kanak dan wanita.

Wartawan The New Arab, Diaa Al-Kahlout dilaporkan antara penduduk Gaza ditangkap tentera zionis Israel dalam operasi itu yang memaksa tawanan menanggalkan pakaian, diperiksa dan dimalukan sebelum dibawa ke lokasi tidak diketahui.

Dalam satu kenyataan, media itu mengutuk sekeras-kerasnya “penahanan memalukan rakan sekerja mereka, Diaa Al-Kahlout dan orang awam serta menggesa masyarakat antarabangsa, pembela dan pemerhati hak wartawan, termasuk badan hak asasi manusia mengecam serangan berterusan dilakukan tentera Israel yang menindas wartawan sejak 7 Oktober lalu serta berusaha untuk memastikan mereka dibebaskan dari tahanan dan dilindungi”.

Saudara wanita kepada Kahlout berkata wartawan itu diacukan senjata api supaya meninggalkan anak perempuan yang cacat berumur tujuh tahun.

Menjelaskan situasi di utara Gaza itu, katanya, golongan lelaki dibawa pergi, dibogelkan dan dipukul tentera rejim pengganas Israel.

Serangan tentera zionis Israel ke atas Gaza dan selatan Lubnan telah membunuh sekurang-kurangnya 75 wartawan dan mencederakan sekurang-kurangnya 80 yang lain, menurut Sindiket Wartawan Palestin.

Kempen ketenteraan tanpa henti rejim zionis di Gaza setakat ini membunuh lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak dalam tempoh lebih lapan minggu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *