Connect with us

Antarabangsa

Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Senator Amerika Syarikat (AS) yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, Seth Moulton.
  • Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
  • Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
  • Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
  • “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
  • Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.

Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.

Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.

“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.

Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.

Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *