Connect with us

Terkini

Buang negara atau ambil tindakan tegas! – Nadir Al-Nuri

Individu dipercayai warga Malaysia yang mencadangkan agar Malaysia menjalinkan hubungan dengan rejim zionis Israel wajar dibuang negara, kata Nadir Al-Nuri.

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Buang negara atau ambil tindakan tegas! – Nadir Al-Nuri
Foto: Warga Malaysia yang mencadangkan agar Malaysia menjalinkan hubungan dengan rejim zionis Israel, Victor Yong Jen Ong (kiri) & Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri (kanan).
  • Individu dipercayai warga Malaysia yang mencadangkan agar Malaysia menjalinkan hubungan dengan rejim zionis Israel wajar dibuang negara, kata Nadir Al-Nuri.
  • Nadir yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia berkata, ini kerana kenyataan lelaki bernama Victor Yong Jen Ong itu mengganggu ketenteraman awam.
  • Katanya, kenyataan dia juga menyentuh isu 3R (bangsa, agama dan raja) yang sensitif di mana pendirian umat Islam Malaysia adalah jelas menyokong warga Palestin dan menolak kekejaman dan kezaliman rejim zionis pengganas Israel. 
  • “Lebih utama, ada tindakan yang perlu dikenakan ke atas warganegara ini khususnya kerana dia cuba mengganggu ketenteraman negara kita,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times, di sini hari ini.
  • Nadir ditanya mengenai tindakan individu dipercayai warga Malaysia, Victor Yong Jeng Ong menggesa supaya Kedutaan Israel dibuka di Malaysia dalam rakaman videonya bersama pempengaruh warga Israel, Hananya Naftali, yang tular beberapa hari lalu.
  • Sekurang-kurangnya satu laporan polis dibuat di ibu negara ekoran tindakan lelaki itu yang dipercayai boleh mengganggu ketenteraman awam ketika rejim zionis Israel terus menyerang dan membunuh warga Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

KUALA LUMPUR — Individu dipercayai warga Malaysia yang mencadangkan agar Malaysia menjalinkan hubungan dengan rejim zionis Israel wajar dibuang negara, kata Nadir Al-Nuri.

Nadir yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia berkata, ini kerana kenyataan lelaki bernama Victor Yong Jen Ong itu mengganggu ketenteraman awam.

Katanya, kenyataan dia juga menyentuh isu 3R (bangsa, agama dan raja) yang sensitif di mana pendirian umat Islam Malaysia adalah jelas menyokong warga Palestin dan menolak kekejaman dan kezaliman rejim zionis pengganas Israel. 

“Saya rasa tindakan yang besar mungkin ataupun yang paling kuat kita boleh kenakan ke atas dia ialah buang negara.

“Tapi, itu mungkin tindakan yang agak jauh dan susah untuk dilaksanakan.

“Lebih utama, ada tindakan yang perlu dikenakan ke atas warganegara ini khususnya kerana dia cuba mengganggu ketenteraman negara kita,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times, di sini hari ini.

Nadir ditanya mengenai tindakan individu dipercayai warga Malaysia, Victor Yong Jeng Ong menggesa supaya Kedutaan Israel dibuka di Malaysia dalam rakaman videonya bersama pempengaruh warga Israel, Hananya Naftali, yang tular beberapa hari lalu.

Victor berkata Malaysia perlu meniru jejak langkah beberapa negara Arab supaya budaya Yahudi boleh diperkenalkan di negara ini. 

Mengulas lanjut, Nadir berkata banyak kesalahan fakta disebut Victor dan Hananya yang mendakwa operasi dilakukan kumpulan Fatah dan Hamas di lapangan sebagai operasi keganasan profesional. 

Sebaliknya, Nadir berkata perjuangan Fatah dan Hamas bertujuan mempertahankan negara mereka dan mengembalikan hak-hak Palestin yang dijajah zionis Israel sejak sekian lama. 

Katanya, Victor perlu diberikan pendedahan lebih baik berkenaan konflik membelenggu Palestin dan Israel. 

“Bagaimana Palestin mula dijajah, bagaimana contohnya hak-hak orang Palestin yang dihalau keluar daripada negara mereka, dihalau dan tidak dibenarkan untuk balik semula.

“Sedangkan di peringkat zionis Israel itu, semua orang yahudi yang ada di seluruh dunia boleh sampai ke Israel dan mendapatkan warganegara Israel melalui undang-undang basic Law of Return, Law of Return 1950 yang dilaksanakan di peringkat negara haram Israel,” kata Nadir. 

Nadir berkata beliau berasa simpati terhadap Victor yang bercakap tanpa memahami isu dan cuba menyeleweng berdasarkan fakta dikemukakan Hananya. 

Sekurang-kurangnya satu laporan polis dibuat di ibu negara ekoran tindakan lelaki itu yang dipercayai boleh mengganggu ketenteraman awam ketika rejim zionis Israel terus menyerang dan membunuh warga Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

Media melaporkan sekurang-kurangnya 16,248 rakyat Palestin, majoriti kanak-kanak dan wanita, terbunuh dalam serangan rejim Israel di Gaza sejak 7 Oktober lalu, manakala 1,200 terkorban di negara haram Israel. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *