Connect with us

Antarabangsa

Penyakit usus merebak dalam kalangan tentera zionis Israel

Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.
  • Sejak bermulanya peperangan di Gaza, sumbangan makanan mula diterima tentera Israel dan ia menyebabkan peningkatan penyakit usus dalam kalangan tentera.
  • Keputusan ujian dijalankan ke atas tentera mendedahkan adanya bakteria yang menyebabkan disentri (keradangan dan gangguan usus), sekaligus menyebabkan cirit birit teruk dan meningkatnya suhu badan.
  • Akhbar itu juga memetik doktor merawat tentera-tentera berkenaan mendakwa sumbangan bahan makanan dengan keadaan atau cara penyimpanannya, selain faktor pengangkutan dan penyediaannya menjadi punca kepada jangkitan itu.

GAZA – Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.

Sejak bermulanya peperangan di Gaza, sumbangan makanan mula diterima tentera Israel dan ia menyebabkan peningkatan penyakit usus dalam kalangan tentera.

Keputusan ujian dijalankan ke atas tentera mendedahkan adanya bakteria yang menyebabkan disentri (keradangan dan gangguan usus), sekaligus menyebabkan cirit birit teruk dan meningkatnya suhu badan.

Akhbar itu juga memetik doktor merawat tentera-tentera berkenaan yang mendakwa sumbangan bahan makanan dengan keadaan atau cara penyimpanannya, selain faktor pengangkutan dan penyediaannya menjadi punca kepada jangkitan itu.

Pengarah Unit Penyakit Berjangkit Hospital Assuta di Ashdod, Dr Tal Brosh menjelaskan situasi luar jangka dihadapi tentera-tentera rejim zionis itu.

“Cirit-birit merebak di kawasan-kawasan perkumpulan tentera di selatan dan kemudiannya (merebak) sesama tentera yang berperang di Gaza.

“Jangkitan dengan bakteria Shigella yang menyebabkan disenteri telah didiagnos dan ia merupakan penyakit yang sangat serius. 

“Penyakit itu juga merebak dalam kalangan tentera di Gaza dan jangkitan bakteria Shigella  boleh terjadi melalui hubungan langsung sesama individu (direct contact) atau melalui makanan,” kata Dr Tal Brosh. — The Merdeka Times

 

Sumber: Jordan News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *