Antarabangsa
Situasi di Gaza ‘tidak dapat dibayangkan’ – WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa situasi kesihatan di Gaza “tidak dapat dibayangkan.
- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa situasi kesihatan di Gaza “tidak dapat dibayangkan.
- “Laporan tentang permusuhan yang berterusan dan pengeboman tanpa henti di Gaza amat menakutkan,” tulis Tedros Adhanom Ghebreyesus di X.
- Menurutnya, pasukan WHO telah melawat Hospital Perubatan Nassar di selatan Gaza yang dipenuhu dengan 1,000 pesakit. Jumlah itu adalah tiga kali ganda daripada kapasitinya.
ISTANBUL – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa situasi kesihatan di Gaza “tidak dapat dibayangkan.
“Laporan tentang permusuhan yang berterusan dan pengeboman tanpa henti di Gaza amat menakutkan,” tulis Tedros Adhanom Ghebreyesus di X.
Menurutnya, pasukan WHO telah melawat Hospital Perubatan Nassar di selatan Gaza yang dipenuhu dengan 1,000 pesakit.
Jumlah itu adalah tiga kali ganda daripada kapasitinya.
Tambah Tedros, orang ramai memenuhi setiap sudut kemudahan kesihatan itu untuk mencari perlindungan.
“Pesakit sedang menerima rawatan di atas lantai, mereka menjerit kesakitan.
“Saya sebenarnya tidak dapat mencari perkataan yang cukup kuat untuk menyatakan kebimbangan kami terhadap apa yang kami saksikan,” ujarnya sambil menyatakan tidak dapat membayangkan penyediaan perkhidmatan di hospital berkenaan.
Beliau sekali lagi mengulangi gesaannya untuk “gencatan senjata sekarang.
Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat lalu selepas mengisytiharkan gencatan senjata selama seminggu dengan Hamas. – Agensi
Sumber: Malaysia Gazette