Terkini
Pengundi muda AS lebih simpati kepada Palestin berbanding zionis Israel – Tinjauan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden kini bergelut dengan sentimen pengundi muda AS yang dilihat lebih bersimpati kepada Palestin berbanding zionis dengan merujuk kepada cara urus presiden itu terhadap konflik Hamas-Israel.
- Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden kini bergelut dengan sentimen pengundi muda AS yang dilihat lebih bersimpati kepada Palestin berbanding zionis dengan merujuk kepada cara urus presiden itu terhadap konflik Hamas-Israel.
- Menurut tinjauan kebangsaan Universiti Quinnipiac yang dikeluarkan pertengahan November, dalam kalangan pengundi muda berusia 18-34 tahun, 52 peratus dari mereka lebih bersimpati kepada Palestin, manakala 29 peratus kepada Israel.
- Satu tinjauan lain dikeluarkan minggu lalu oleh NBC News menunjukkan dalam kalangan pengundi berdaftar, 34 peratus bersetuju cara Biden menguruskan konflik itu, manakala 56 peratus merasakan sebaliknya.
- Dalam kalangan Parti Demokrat sendiri, hanya 51 peratus yang bersetuju, manakala bagi pengundi berumur 18-34 tahun pula, 70 peratus tidak bersetuju dengan cara Presiden AS menangani pergolakan itu.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden kini bergelut dengan sentimen pengundi muda AS yang dilihat lebih bersimpati kepada Palestin berbanding zionis dengan merujuk kepada cara urus presiden itu terhadap konflik Hamas-Israel.
Menurut tinjauan kebangsaan Universiti Quinnipiac yang dikeluarkan pertengahan November, 54 peratus daripada pengundi berdaftar lebih bersimpati kepada Israel, manakala 24 peratus lain lebih bersimpati kepada Palestin.
Tetapi dalam kalangan pengundi muda berusia 18-34 tahun, 52 peratus dari mereka lebih bersimpati kepada Palestin, manakala 29 peratus kepada Israel.
Satu tinjauan lain dikeluarkan minggu lalu oleh NBC News memberikan satu petanda lain terhadap isu itu.
Dalam kalangan pengundi berdaftar, 34 peratus daripada mereka bersetuju dengan cara Biden menguruskan konflik tersebut, manakala 56 peratus merasakan sebaliknya.
Dalam kalangan Parti Demokrat sendiri, hanya 51 peratus yang bersetuju, manakala bagi pengundi berumur 18-34 tahun pula, keputusan mengejutkan menunjukkan 70 peratus tidak bersetuju dengan cara Presiden AS menangani pergolakan itu.
Terdahulu, 60 peratus pengundi berusia 18-29 tahun memilih Biden berbanding Donald Trump yang meraih 36 peratus pada tahun 2020 yang lalu.
Tinjauan Gallup juga mendapati golongan Demokrat kini dilihat lebih bersimpati kepada rakyat Palestin berbanding Israel sepanjang dua dekad terakhir.
Sumber: ABC News