Terkini
Akaun dibeku SPRM, Aman Palestin akui misi bantuan kemanusiaan terjejas
Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) mengakui misi bantuan kemanusiaannya di beberapa negara berkenaan akan terjejas susulan akaun syarikat itu dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
- Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) mengakui misi bantuan kemanusiaannya di beberapa negara berkenaan akan terjejas susulan akaun syarikat itu dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
- Pengurus Besar Pemasarannya, Muhd Farhan Muhd Fadhil, berkata pihaknya masih menunggu penjelasan rasmi dan lengkap daripada SPRM berhubung tindakan yang dikenakan terhadap syarikat itu.
- “Kami memberi kerjasama penuh terhadap siasatan SPRM, doakan untuk kami,” katanya dipetik Berita Harian, hari ini.
- Terbaharu, SPRM dalam kenyataan mengesahkan pembekuan 41 akaun Aman Palestin dan beberapa entiti syarikat lain dengan jumlah keseluruhan RM15,868,762.00, semalam.
KUALA LUMPUR – Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) mengakui misi bantuan kemanusiaannya di beberapa negara berkenaan akan terjejas susulan akaun syarikat itu dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pengurus Besar Pemasarannya, Muhd Farhan Muhd Fadhil, berkata pihaknya masih menunggu penjelasan rasmi dan lengkap daripada SPRM berhubung tindakan yang dikenakan terhadap syarikat itu.
“Peguam kami juga akan dapatkan maklumat daripada SPRM kerana kenyataan dikeluarkannya bersifat umum.
“Beberapa individu daripada Aman Palestin dipanggil SPRM untuk memberi keterangan dan mereka sudah berbuat demikian.
“Kami memberi kerjasama penuh terhadap siasatan SPRM, doakan untuk kami,” katanya dipetik Berita Harian, hari ini.
Terbaharu, SPRM dalam kenyataan mengesahkan pembekuan 41 akaun Aman Palestin dan beberapa entiti syarikat lain dengan jumlah keseluruhan RM15,868,762.00, semalam.
Ia berhubung siasatan agensi penguatkuasaan itu terhadap dakwaan syarikat pertubuhan amal terbabit menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai sejak 17 Oktober lalu.
SPRM juga merakam beberapa keterangan saksi penting dan hasil siasatan awal mengenal pasti beberapa isu membabitkan penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM70 juta yang disalurkan bagi tujuan selain objektif penubuhan syarikat berkenaan. — The Merdeka Times