Connect with us

Antarabangsa

550 pesakit terbiar tanpa rawatan di Hospital Indonesia akibat kepungan rejim Israel

Sekurang-kurangnya 550 pesakit terbiar tanpa menerima rawatan di Hospital Indonesia, utara Gaza semalam, lapor laman berita Middle East Eye.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 550 pesakit terbiar tanpa menerima rawatan di Hospital Indonesia, utara Gaza semalam, lapor laman berita Middle East Eye.
  • Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin, Dr Munir al Borsh berkata, 550 pesakit yang terperangkap di dalam hospital itu sukar mendapatkan sebarang rawatan kerana kepungan tentera Israel masih berterusan.
  • Tentera Israel dilaporkan turut menembak sesiapa sahaja yang bergerak di dalam hospital itu, manakala bekalan elektrik terputus sepenuhnya sejak beberapa hari lalu.

BANDAR GAZA – Sekurang-kurangnya 550 pesakit terbiar tanpa menerima rawatan di Hospital Indonesia, utara Gaza semalam, lapor laman berita Middle East Eye.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin, Dr Munir al Borsh berkata, 550 pesakit yang terperangkap di dalam hospital itu sukar mendapatkan sebarang rawatan kerana kepungan oleh tentera Israel masih berterusan.

Munir memberitahu perkembangan itu kepada stesen televisyen Al Jazeera Arabic ketika kereta-kereta kebal tentera Rejim Zionis terus mengepung hospital tersebut.

“Terdapat ramai pesakit yang cedera di dalam (hospital) tanpa mempunyai peralatan mencukupi untuk membantu mereka,” tambahnya.

Tentera Israel dilaporkan turut menembak sesiapa sahaja yang bergerak di dalam hospital itu, manakala bekalan elektrik telah terputus sepenuhnya sejak beberapa hari lalu.

Kira-kira 200 pesakit telah pun dipindahkan ke Hospital al-Nasser, manakala semua hospital di utara Gaza kini tidak lagi beroperasi.

“Tiada perkhidmatan perubatan atau bantuan kepada sesiapa pun di utara Gaza sekarang,” kata jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qudra. – AGENSI

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *