Antarabangsa
Kritik penyertaan lelaki transgender, Atlet bina badan wanita Kanada digantung dua tahun
Persatuan Angkat Berat Kanada (CPU) menggantung keahlian seorang atlet wanita selama dua tahun selepas beliau mengkritik kesatuan itu kerana membenarkan lelaki transgender untuk bersaing dalam kategori wanita sukan berkenaan.
- Persatuan Angkat Berat Kanada (CPU) menggantung keahlian seorang atlet wanita selama dua tahun selepas beliau mengkritik kesatuan itu kerana membenarkan lelaki transgender untuk bersaing dalam kategori wanita sukan berkenaan.
- April Hutchinson berkata adalah tidak adil untuk memberikan ruang kepada golongan transgender itu bertanding dalam acara wanita dan seterusnya meraih kemenangan memandangkan terdapat perbezaan jantina.
- “CPU menganggap aduan tulisan saya (peribadi) tentang pembulian lelaki sebagai ‘remeh dan merepek,” kata Hutchinson dalam satu ciapan di X pada Selasa lalu dipetik The Christian Post.
- Sebelum itu, seorang atlet lelaki transgender, Anne Andres menjuarai pertandingan angkat berat dalam kejohanan diadakan pada Ogos lalu.
- Andres ketika kejohanan angkat berat itu berjaya merekodkan kemenangan skor 400 paun lebih tinggi daripada atlet wanita terbaik.
KANADA – Persatuan Angkat Berat Kanada (CPU) menggantung keahlian seorang atlet wanita selama dua tahun selepas beliau mengkritik kesatuan itu kerana membenarkan lelaki transgender untuk bersaing dalam kategori wanita sukan berkenaan.
April Hutchinson berkata adalah tidak adil untuk memberikan ruang kepada golongan transgender itu bertanding dalam acara wanita dan seterusnya meraih kemenangan memandangkan terdapat perbezaan jantina.
Sebelum itu, seorang atlet lelaki transgender, Anne Andres menjuarai pertandingan angkat berat dalam kejohanan diadakan pada Ogos lalu.
Andres ketika kejohanan angkat berat itu berjaya merekodkan kemenangan skor 400 paun lebih tinggi daripada atlet wanita terbaik.
“CPU menganggap aduan tulisan saya (peribadi) tentang pembulian lelaki sebagai ‘remeh dan merepek,” kata Hutchinson dalam satu ciapan di X pada Selasa lalu dipetik The Christian Post.
Hutchinson berkata perjuangan menentang ketidakadilan itu tidak akan selesai dan dia menentang idea atlet wanita harus berdiam diri serta menerima perkara tersebut yang disifatkan sebagai diskriminasi jantina.
Hutchinson dalam temubual bersama pengacara terkenal, Piers Morgan meluahkan kekesalan dan menyifatkan tindakan penyertaan atlet lelaki transgender dalam kategori wanita merupakan satu bentuk pencabulan.
“Ini sangat menyedihkan, rekod kebangsaan yang dia pecahkan, atlet telah mengejarnya selama bertahun-tahun,” katanya.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat perdebatan dan kritikan mengenai kebenaran lelaki untuk bersaing dengan wanita dalam pertandingan sukan kerana mereka mempunyai kelebihan fizikal.
Hakim Mahkamah Daerah Minnesota, Patrick Diamond pada Mac lalu memutuskan Persatuan Angkat Berat Amerika Syarikat wajib membenarkan lelaki yang mengidentifikasi diri sebagai wanita untuk bersaing dalam pertandingan wanita.
Ia susulan tindakan persatuan itu menolak untuk membenarkan lelaki mengidentifikasi diri sebagai transgender untuk bersaing dengan atlet perempuan.
Sumber: The Christian Post