Terkini
Tentera penjajah zionis bunuh rakyat sendiri di festival muzik
Angkatan Pertahanan Israel (IDF) didakwa membunuh warganegara sendiri dalam serangan pertama perang antara Palestin-Israel pada 7 Oktober lalu.
- Angkatan Pertahanan Israel (IDF) didakwa membunuh warganegara sendiri dalam serangan pertama perang antara Palestin-Israel pada 7 Oktober lalu.
- Laporan media Israel, Haaretz mendedahkan, hasil siasatan dan penilaian kematian orang awam Israel di sebuah festival muzik berkemungkinan disebabkan oleh tentera Israel yang melepaskan tembakan menerusi helikopter tempur IDF.
- “Hasil siasatan daripada Majlis keselamatan Israel mendapati Hamas tidak mempunyai pengetahuan awal tentang Festival Muzik Nova yang berlangsung ketika itu,” katanya.
- Yasmin Porat, 44, yang juga warga Israel, tentera rejim zionis itu telah melepaskan tembakan kepada beberapa orang awam Israel yang berada disitu.
TEL AVIV: Angkatan Pertahanan Israel (IDF) didakwa membunuh warganegara sendiri dalam serangan pertama perang antara Palestin-Israel pada 7 Oktober lalu.
Laporan media Israel, Haaretz mendedahkan, hasil siasatan dan penilaian kematian orang awam Israel di sebuah festival muzik berkemungkinan disebabkan oleh tentera Israel yang melepaskan tembakan menerusi helikopter tempur IDF.
“Hasil siasatan daripada Majlis keselamatan Israel mendapati Hamas tidak mempunyai pengetahuan awal tentang Festival Muzik Nova yang berlangsung ketika itu.
“Penilaian itu berdasarkan soal siasat terhadap pejuang Hamas dan siasatan polis terhadap insiden itu.
“Antara lain, ia mendedahkan bahawa pejuang Hamas berniat untuk menyusup ke lain berhampiran sempadan Gaza dan bukan ke menyasarkan Festival Muzik itu,” ujar Hareetz yang memetik hasil siasatan itu.
Penemuan itu itu menguatkan lagi hujah bahawa ramai orang awam Israel yang telah dibunuh oleh tentera negara itu.
Sementara itu, dakwaan tersebut diperkukuh lagi dengan perkongsian salah seorang mangsa daripada serangan pejuang Hamas di festival muzik tersebut.
Yasmin Porat, 44, yang juga warga Israel, tentera rejim zionis itu telah melepaskan tembakan kepada beberapa orang awam Israel yang berada disitu.
“Mereka (tentera Israel) menghapuskan semua orang, termasuk tebusan.
“Terdapat tembakan yang sangat berat dan juga bedilan daripada kereta kebal,” katanya dalam satu sesi temu bual bersama stesen radio Israel.
Selain itu, Yasmin juga berkongsi pengalaman sewaktu menjadi tebusan kumpulan pejuang Hamas.
Beliau menyifatkan sepanjang tempoh menjadi tebusan, Hamas telah menjaganya dan tebusan lain dengan baik, sambil mempamerkan nilai-nilai kemanusian yang tinggi.
Sumber: Astro Awani