Antarabangsa
Lima wanita dibunuh dalam sembilan hari, Australia rancang lelaki berpotensi ‘pembunuh’ dipantau melalui GPS
Kes keganasan rumahtangga yang menyaksikan mangsa dibunuh atau dicederakan di Australia semakin meningkat melibatkan pembunuhan lima wanita dalam sembilan hari.
- Kes keganasan rumahtangga yang menyaksikan mangsa dibunuh atau dicederakan di Australia semakin meningkat melibatkan pembunuhan lima wanita dalam sembilan hari.
- Pakar keganasan rumahtangga menggesa kerajaan Australia supaya menerima pelan baharu yang membolehkan mana-mana lelaki yang dikenal pasti berpotensi sebagai pembunuh dikesan dan dipantau melalui GPS atas talian.
- Tindakan lebih agresif disyorkan untuk lelaki yang dilihat berterusan menyinggung perasaan, mengekori, mengganggu, memerhati atau mengancam pasangan mereka.
- Mereka berkata bagi mengurangkan berlakunya keganasan terhadap wanita, Australia harus menjalankan program seperti di UK bagi melindungi tokoh tertentu, yang juga kini diuji di sana ke atas mereka yang berpotensi melakukan keganasan rumahtangga.
Kes keganasan rumahtangga yang menyaksikan mangsa dibunuh atau dicederakan di Australia semakin meningkat melibatkan pembunuhan lima wanita dalam sembilan hari.
Pakar keganasan rumahtangga menggesa kerajaan Australia supaya menerima pelan baharu yang membolehkan mana-mana lelaki yang dikenal pasti berpotensi sebagai pembunuh dikesan dan dipantau melalui GPS atas talian.
Tindakan lebih agresif disyorkan untuk lelaki yang dilihat berterusan menyinggung perasaan, mengekori, mengganggu, memerhati atau mengancam pasangan mereka.
Mereka berkata bagi mengurangkan berlakunya keganasan terhadap wanita, Australia harus menjalankan program seperti di UK bagi melindungi tokoh tertentu, yang juga kini diuji di sana ke atas mereka yang berpotensi melakukan keganasan rumahtangga.
Pakar penyelidik keganasan yang sebelum ini bekerja di Institut Kriminologi Australia, Dr. Hayley Boxall berpendapat pendekatan proaktif seperti ini mungkin akan membantu mencegah keganasan sebelum ia berlaku, berbanding cuba mengubah kelakuan pesalah selepas ia telah dilakukan.
Pesuruhjaya Keganasan Rumah Tangga, Keluarga dan Seksual Kebangsaan, Micaela Cronin berkata cadangan dalam penyelidikan pembunuhan Boxall untuk Pertubuhan Penyelidikan Kebangsaan untuk Keselamatan Wanita (ANROWS) Australia, wajar dipertimbangkan memandangkan kadar kematian wanita yang “membimbangkan” di Australia tahun ini.
Pada 2023, 43 wanita terbunuh dalam insiden keganasan rumah tangga dan keluarga, melibatkan 11 kanak-kanak.
Institut Pengajian Keluarga Australia mendapati satu daripada tiga remaja Australia dikasari pasangan dan Biro Perangkaan Jenayah New South Wales mengeluarkan data menunjukkan kadar keganasan rumah tangga dan keluarga yang tidak menurun selama 12 tahun lalu.
Sumber: The Age