Connect with us

Antarabangsa

Gambar AI sami berlumba motor, main alat muzik dianggap rosakkan imej sami Buddha

Pejabat Kebangsaan Buddhisme (NOB) meminta Polis Siber Thailand mengadakan siasatan susulan penemuan kandungan foto dari teknologi kecerdasan buatan (AI) di Facebook yang tidak sesuai dengan agama Buddha.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pejabat Kebangsaan Buddhisme (NOB) meminta Polis Siber Thailand mengadakan siasatan susulan penemuan kandungan foto dari teknologi kecerdasan buatan (AI) di Facebook yang tidak sesuai dengan agama Buddha.
  • Kandungan foto AI itu menggambarkan sami Buddha terlibat aktiviti bukan agama seperti bermain alat muzik dan berlumba dengan motosikal yang dianggap merosakkan imej komuniti itu dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat Buddha.
  • Ketua Sekretariat Persatuan Buddha dan yang juga Jurucakap NOB, Suphat Mueangma berkata penggunaan AI untuk mencipta imej mencemarkan nama baik komuniti sami semakin meningkat dan berpotensi membawa salah faham bagi mereka yang melihatnya.

Pejabat Kebangsaan Buddhisme (NOB) meminta Polis Siber Thailand mengadakan siasatan susulan penemuan kandungan foto dari teknologi kecerdasan buatan (AI) di Facebook yang tidak sesuai dengan agama Buddha.

Kandungan foto AI itu menggambarkan sami Buddha terlibat aktiviti bukan agama seperti bermain alat muzik dan berlumba dengan motosikal yang dianggap merosakkan imej komuniti itu dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat Buddha.

Ketua Sekretariat Persatuan Buddha yang juga Jurucakap NOB, Suphat Mueangma memaklumkan surat sudah dirangka kepada Polis Siber untuk meminta siasatan dilakukan terhadap sumber kandungan itu. 

NOB menemui sembilan imej sami dicipta menggunakan AI di Facebook memperlihatkan kelompok itu melakukan aktiviti bukan berkaitan agama, lapor KhaoSod dipetik The Thaiger.

Suphat berkata NOB meminta bantuan untuk imej itu dialih keluar dan kini siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti asal usul imej yang dijana AI supaya pihaknya dapat berkoordinasi dengan Polis Siber bagi tindakan selanjutnya.

Jurucakap itu berkata penggunaan AI untuk mencipta imej yang mencemarkan nama baik komuniti sami semakin meningkat dan berpotensi membawa salah faham bagi mereka yang melihatnya.

Suphat menegaskan adalah sangat tidak wajar menggunakan AI untuk mencipta dan mengedarkan imej sami dalam talian dengan tindakan yang dilihat sebagai memfitnah. — The Merdeka Times

Sumber : The Thaiger

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

CNN dedah seksaan ngeri Israel terhadap tahanan Palestin

Tiga pemberi maklumat Israel yang bekerja di kem penyeksaan Sde Teiman, tapak “tahanan” penculikan warga Palestin semasa pencerobohan “Israel” ke atas Gaza tampil dengan penyaksian penderaan sistemik dilakukan rejim zionis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Keadaan tahanan Palestin di Sde Teiman.

Tiga pemberi maklumat Israel yang bekerja di kem penyeksaan Sde Teiman, tapak “tahanan” penculikan warga Palestin semasa pencerobohan “Israel” ke atas Gaza tampil dengan penyaksian penderaan sistemik dilakukan rejim zionis.

Ini termasuk situasi mereka yang ditahan, ditutup mata dan dipaksa memakai lampin, lapor CNN.

Pemberi maklumat menggambarkan keadaan suram dihadapi tahanan Palestin di Sde Teiman di mana tahanan tidak dibenarkan bergerak, bercakap atau mengintip bawah penutup mata mereka.

“Kami diberitahu mereka tidak dibenarkan bergerak. Mereka mesti duduk tegak. Mereka tidak dibenarkan bercakap. Tidak dibenarkan mengintip bawah penutup mata mereka,” kata pemberi maklumat kepada CNN.

Pengawal diarahkan untuk mengerah tahanan supaya senyap menggunakan kata Arab seperti “uskot” (diam) dan mengenal pasti serta menghukum individu yang disifatkan “bermasalah”.

Mereka turut menggambarkan “rutin serbuan di mana pengawal akan melepaskan anjing besar ke atas tahanan yang sedang tidur, dilontar bom tangan bunyi ke dalam kawasan ketika mana tentera membuat serbuan masuk”.

Terletak kira-kira 18 batu dari garis pemisah Gaza, fasiliti rejim zionis itu dikatakan dibahagikan kepada dua bahagian.

Pertama adalah kandang di mana kira-kira 70 tahanan Palestin dari Gaza tertakluk kepada kekangan fizikal melampau, dan kedua hospital lapangan di mana tahanan yang cedera tidak bergerak, memakai lampin dan diberi makan melalui straw.

“Mereka (IOF) melucutkan mereka (tahanan) dari apa sahaja yang memperlihatkan mereka menyerupai seorang manusia,” kata pemberi maklumat itu.

Menurut pemberi maklumat, pukulan dikenakan ke atas tahanan dikatakan dilakukan kerana dendam dan bukan bertujuan menjalankan perisikan.

“(Pukulan) tidak dilakukan untuk mengumpul (maklumat) risikan. Ia dilakukan kerana balas dendam,” kata salah seorang pemberi maklumat.

Seorang pemberi maklumat menceritakan penyaksian pemotongan dilakukan ke atas seorang lelaki yang mengalami kecederaan akibat ikatan zip pergelangan tangannya yang menyakitkan.

Testimoni itu sejajar dengan butiran surat ditulis doktor yang bekerja di Sde Teima diterbitkan Haaretz pada April.

“Baru minggu ini, dua banduan dipotong kaki mereka akibat kecederaan digari, yang malangnya, diberitahu sebagai satu acara rutin,” kata doktor itu dalam surat bertarikh April.

Beliau menyebut banduan diberi makan melalui penyedut minuman (straw), dipaksa menggunakan lampin untuk berjalannya fungsi badan, tertakluk kepada sekatan berterusan, tindakan yang melanggar etika perubatan dan piawaian undang-undang.

“Kami semua bersubahat dalam melanggar undang-undang,” katanya dipetik CNN. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending