Connect with us

Terkini

Akta Persaingan boleh diguna pakai hukum kartel barang- Fuziah

Pihak yang terlibat menjalankan aktiviti kartel dengan berpakat menaikkan harga sesuatu barangan boleh dihukum di bawah Akta Persaingan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh.

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh.
  • Pihak yang terlibat menjalankan aktiviti kartel dengan berpakat menaikkan harga sesuatu barangan boleh dihukum di bawah Akta Persaingan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh.
  • Menyentuh perkara tersebut, ia merupakan salah satu akta yang digunakan bagi membendung salah laku penyaluran bekalan barang sehingga menyebabkan perubahan harga selain Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan, Akta Perlindungan Pengguna serta Akta Kawalan Bekalan.
  • Beliau berkata, terdapat kes yang mana sesetengah pihak cuba menaikkan harga barang seperti  makanan ayam.

KUALA LUMPUR- Pihak yang terlibat menjalankan aktiviti kartel dengan berpakat menaikkan harga sesuatu barangan boleh dihukum di bawah Akta Persaingan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh.

Menurut Fuziah, ia merupakan salah satu akta yang diguna bagi membendung salah laku penyaluran bekalan barang sehingga menyebabkan perubahan harga  selain Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan, Akta Perlindungan Pengguna serta Akta Kawalan Bekalan.

Beliau berkata, terdapat kes yang mana sesetengah pihak cuba menaikkan harga barang seperti  makanan ayam.

“Kita mempunyai akses kepada rantaian harga barang di setiap peringkat. Selain akta lain yang berkait kita mempunyai satu lagi akta dipanggil Akta Persaingan.

“Ia boleh digunakan sekiranya terdapat pihak yang berpakat untuk menaikkan satu-satu harga barangan yang boleh membawa kepada peningkatan barangan kawalan contohnya makanan ayam.

“Mereka boleh dikenakan tindakan, sekiranya betul berlaku pakatan kartel tersebut,” katanya dalam satu Sidang Parlimen pada Rabu.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli usaha kerajaan dalam membendung pihak yang memanipulasi harga barangan.

Sebelum ini, Fuziah memberi jaminan akan memastikan tiada pakatan atau kartel mengambil kesempatan daripada pengapungan harga ayam yang dilaksanakan ketika ini.

Beliau berkata, pihaknya akan memastikan bukan sahaja harga ayam terkawal di peringkat runcit malah di peringkat pengeluaran. -The Merdeka Times.

Sumber: Persidangan Dewan Rakyat

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *