Connect with us

Antarabangsa

Tiada Hamas dalam hospital Al-Shifa, doktor Norway bidas dakwaan zionis

Seorang pakar perubatan Norway yang bertugas di Gaza bidas dakwaan pengganas zionis yang mendakwa keberadaan pasukan pembebasan Hamas dengan pangkalan mereka di Hospital Al-Shifa.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tiada Hamas dalam hospital Al-Shifa, doktor Norway bidas dakwaan zionis
Foto: Pakar Perubatan Norway yang bertugas di Gaza, Dr Mads Gilbert.
  • Seorang pakar perubatan Norway yang bertugas di Gaza bidas dakwaan pengganas zionis yang mendakwa keberadaan pasukan pembebasan Hamas dengan pangkalan mereka di Hospital Al-Shifa.
  • Al Jazeera melaporkan bahawa Dr Mads Gilbert, turut menyatakan bahawa keadaan di hospital, terutamanya Hospital Al-Shifa, sangat “mendesak” kerana kakitangan dan pesakitnya ditinggalkan tanpa oksigen, makanan ataupun air.
  • Dengan pertempuran yang berterusan di bahagian utara, Dr Gilbert memaklumkan bahawa doktor-doktor di sana berkata bahawa sudah “tidak mungkin untuk menilai mereka yang cedera atau yang mati”.
  • Dr Gilbert berkata; “Saya muak dan bosan dengan dakwaan (Israel) bahawa terdapat pusat arahan Hamas (di hospital).
  • “Kami tidak pernah melihatnya. Kami tidak pernah melihat individu Hamas berpangkat tinggi di Al-Shifa. Kami (di sini) bergerak dengan bebas,” kata Gilbert kepada Al Jazeera. 

Seorang pakar perubatan Norway yang bertugas di Gaza bidas dakwaan pengganas zionis yang mendakwa keberadaan pasukan pembebasan Hamas dengan pangkalan mereka di Hospital Al-Shifa.

Al Jazeera melaporkan bahawa Dr Mads Gilbert, turut menyatakan bahawa keadaan di hospital, terutamanya Hospital Al-Shifa, sangat “mendesak” kerana kakitangan dan pesakitnya ditinggalkan tanpa oksigen, makanan ataupun air.

Dr Gilbert berkata; “Saya muak dan bosan dengan dakwaan (Israel) bahawa terdapat pusat arahan Hamas (di hospital).

“Kami tidak pernah melihatnya. Kami tidak pernah melihat individu Hamas berpangkat tinggi di Al-Shifa. Kami (di sini) bergerak dengan bebas,” kata Gilbert kepada Al Jazeera. 

Kira-kira 1.5 juta orang yang diusir dari tempat tinggal mereka kini berada dalam keadaan “terdesak”, sehingga meminum air “di jalanan dan air laut”, kata pakar perubatan Norway itu.

Kempen pengganas Israel untuk penghapusan kumpulan pembebasan Hamas setakat ini telah membunuh sekurang-kurangnya 11,078 rakyat Palestin, menurut kementerian kesihatan Gaza.

Pegawai kesihatan tidak mengemas kini angka kematian sejak Jumaat lalu, disebabkan tergendalanya perkhidmatan serta komunikasi hospital-hospital di wilayah tersebut.

Sumber: Al Jazeera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *