Connect with us

Antarabangsa

39 bayi terkorban di Hospital Al-Shifa akibat kekurangan oksigen

Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan pada Sabtu mendedahkan 39 bayi meninggal dunia di unit rawatan rapi Hospital Al-Shifa Gaza akibat kekurangan oksigen.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

39 bayi terkorban di Hospital Al-Shifa akibat kekurangan oksigen
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Kesihatan Palestin pada Sabtu mendedahkan 39 bayi meninggal dunia di unit rawatan rapi Hospital Al-Shifa Gaza akibat kekurangan oksigen.
  • Hospital itu terletak di Semenanjung Gaza terjejas teruk akibat serangan Israel baru-baru ini, lapor Agensi Anadolu.
  • Serangan darat dan udara oleh Israel di Hospital Al-Shifa dan kawasan berhampiran berlanjutan selama enam jam, menurut saluran televisyen Palestin.

Gaza: Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan pada Sabtu mendedahkan 39 bayi meninggal dunia di unit rawatan rapi Hospital Al-Shifa Gaza akibat kekurangan oksigen.

Hospital itu yang terletak di Semenanjung Gaza terjejas teruk akibat serangan Israel baru-baru ini, lapor Agensi Anadolu.

Serangan darat dan udara oleh Israel di Hospital Al-Shifa dan kawasan berhampiran berlanjutan selama enam jam, menurut saluran televisyen Palestin.

Pada Jumaat, pesawat Israel memperhebat serangan ke atas hospital di Semenanjung Gaza, termasuk sekitar Hospital Al-Shifa, Hospital Indonesia, Hospital Al-Awda, Hospital Al-Quds dan Hospital Kanak-Kanak Al-Rantisi.

Sekurang-kurangnya 11,078 rakyat Palestin telah terbunuh, termasuk 4,506 kanak-kanak dan 3,027 wanita setakat ini.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *