Connect with us

Terkini

Tun M ugut saya supaya bubar UMNO – Zahid Hamidi

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tuduhan jenayah yang dikenakan terhadapnya adalah ekoran ugutan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad supaya beliau membubarkan UMNO.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tun M ugut saya supaya bubar UMNO - Zahid Hamidi
Foto: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
  • Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengatakan Tun Dr Mahathir mengugutnya supaya membubarkan UMNO.
  • “Jika saya tidak berbuat demikian, sesuatu akan dilakukan terhadap saya,” kata Ahmad Zahid.
  • Ia tidak spesifik mengenai Yayasan Akalbudi sebaliknya berhubung jawatan Presiden UMNO yang dipegangnya.

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tuduhan jenayah yang dikenakan terhadapnya adalah ekoran ugutan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad supaya beliau membubarkan UMNO.

“Jika saya tidak berbuat demikian, sesuatu akan dilakukan terhadap saya, kata Ahmad Zahid dalam pemeriksaan semula oleh peguamnya, Datuk Ahmad Zaidi Zainal, ketika membela diri terhadap kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana milik Yayasan Akalbudi.

Menjelaskan perkara itu, Ahmad Zahid berkata ugutan diterima daripada Dr Mahathir tidak spesifik mengenai perkara berkaitan Yayasan Akalbudi sebaliknya ia berhubung jawatan yang dipegangnya dalam parti iaitu apabila menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO.

Dr Mahathir yang ketika itu menyatakan untuk berjumpanya, mengemukakan ugutan supaya beliau (Ahmad Zahid) membubarkan UMNO atau sesuatu akan dilakukan terhadapnya.

“Tentulah tindakan siasatan dan pertuduhan yang dibuat ke atas saya itu dibuat ekoran daripada ugutan ini.”

“Walaupun Tun menafikan, beliau mengakui dalam beberapa laporan media cetak utama yang memaparkan meminta saya untuk membubarkan UMNO.”

“Ini jelas pengakuan itu adalah bukti kukuh bahawa Dr Mahathir mengugut saya untuk membubarkan UMNO dan keluar parti untuk menyertai partinya,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Author