Connect with us

Terkini

Malaysia menang lagi kes tuntutan Sulu – Azalina

Malaysia melakar kejayaan lagi selepas menang di Mahkamah Perancis dalam kes tuntutan Kumpulan Sulu, sekali gus mematikan gerakan mereka untuk merampas aset diplomatik Kerajaan Malaysia.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Malaysia menang lagi kes tuntutan Sulu – Azalina
Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
  • Malaysia lakar kejayaan lagi lepas menang di Mahkamah Perancis kes tuntutan Kumpulan Sulu, sekali gus mematikan gerakan mereka untuk rampas aset diplomatik Kerajaan Malaysia.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pada 6 November lalu, Mahkamah Perancis batalkan perintah gadai janji berkanun yang dibuat terhadap bangunan diplomatik Malaysia di Paris oleh penuntut warga Filipina (Kumpulan Sulu).
  • Beliau berkata, semalam juga, mahkamah sama telah rekod penarikan balik oleh pihak penuntut warga Filipina bagi prosiding rampasan aset terhadap bangunan diplomatik Kerajaan Malaysia yang sama, katanya ketika temu ramah bersama media yang diadakan secara dalam talian.

KUALA LUMPUR – Malaysia melakar kejayaan lagi selepas menang di Mahkamah Perancis dalam kes tuntutan Kumpulan Sulu, sekali gus mematikan gerakan mereka untuk merampas aset diplomatik Kerajaan Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pada 6 November lepas, Mahkamah Perancis telah membatalkan perintah bagi gadai janji berkanun yang dibuat terhadap bangunan diplomatik Malaysia di Paris oleh penuntut warga Filipina (Kumpulan Sulu).

Beliau berkata, semalam juga, mahkamah sama telah merekod penarikan balik oleh pihak penuntut warga Filipina bagi prosiding rampasan aset terhadap bangunan diplomatik Kerajaan Malaysia yang sama.

“Kesimpulannya keputusan pada 6 dan 9 November ini membolehkan keputusan membebaskan kerajaan Malaysia daripada cubaan tidak sah oleh warganegara Filipina itu untuk merampas aset diplomatik Malaysia di Perancis secara menyeluruh.

“… mereka gagal dalam menyentuh hak milik harta Malaysia dan kita tidak sama sekali boleh bersikap tolak ansur ke atas tuntutan tidak sah ini,” katanya ketika temu ramah bersama media yang diadakan secara dalam talian.

Azalina kini berada di London, untuk fasa ketiga tuntutan lapan individu yang mengaku sebagai waris Kesultanan Sulu, bagi berjumpa dengan peguam-peguam lantikan Kerajaan Malaysia dalam menangani tuntutan mereka, seterusnya menyangkal taktik dan hujahan mereka secara komprehensif. – Bernama

Sumber: MalaysiaGazette

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *